Twin Flame : Takdir Kita

Twin Flame : Takdir Kita

  • WpView
    přečtení 35
  • WpVote
    Hlasy 0
  • WpPart
    Části 8
WpMetadataReadRozepsáno
WpMetadataNoticeNaposledy publikováno stř, kvě 6, 2026
WpInfo
Fikce
Romantika
Erine Faqeha bekerja keras demi masa depannya bersama Aqsa, lelaki yang sudah tiga tahun menjadi sandaran hati. Namun semuanya mula retak apabila Aqsa berubah dan semakin menjauh, sehingga satu rahsia menghancurkan seluruh kepercayaannya. Dalam kekacauan itu, hadir Faqeh Elhan, lelaki yang pernah dikhianati dan tidak percaya lagi pada cinta. Tetapi sejak pertemuan pertama, kedua - duanya merasakan sesuatu yang aneh...tenang, familiar, seolah jiwa mereka pernah bertemu sebelum ini. Erine menafikan kerana dia milik orang. Elhan menolak kerana hatinya pernah hancur, dalam masa yang sama menghormati hubungan gadis itu. Namun takdir terus mempertemukan mereka, bersama mimpi - mimpi lama yang seolah cuba mengingatkan Erine tentang seseorang yang pernah menghulurkan tangannya, seseorang yang mirip Elhan. Saat cinta lama kembali menagih ruang, dan hati baru mula bertunas, Erine terperangkap di antara masa lalu yang pernah dijaga...dan jiwa yang sejak awal ditulis untuknya. Kerana ada cinta datang sebagai ujian, dan ada cinta hadir sebagai twin flame, jiwa yang akhirnya menemukan pulangnya. "Kenapa saya rasa tenang sangat bila bercakap dengan awak? Kita macam dah pernah kenal lama sebelum ni, tapi saya tak pernah kenal awak pun, Elhan..." - Erine Faqeha. "Kita memang tidak pernah bertemu, tetapi saya yakin... di Luh Mahfuz, nama saya dan nama awak sudah pun ditakdirkan untuk bertaut sebelum kita sempat belajar mengenal, Faqeha..." - Faqeh Elhan.
Všechna práva vyhrazena
#113
spiritual
WpChevronRight
Připoj se k největší komunitě vypravěčůZískej personalizovaná doporučení příběhů, ukládej si oblíbené do své knihovny a komentováním i hlasováním buduj komunitu.
Ilustrace

Taky se ti může líbit

  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

Více informací
WpActionLinkPokyny k obsahu