Sofea Inara : Setiap pagi dia menanti bunyi loceng menanti barangnya sampai. Rafique Riqz : Setiap hari mengetuk loceng yang sama. Dia dikeruni takut dengan guruh tetapi bukan dengan hujan kerana bagi Sofea hujan sangat dekat dengan kehidupannya yang sunyi tanpa alunan dan suara dari keluarganya melainkan kucingnya. Sedangkan bagi Rafique, tidak takut dengan segala benda dan baginya dunianya hanya kerja, kafe dan penghantaran harian 'for her'. Namun dia tidak tahu yang ada hati rapuh di sebalik pintu yang dia selalu ketuk. Cerita mereka hanya sekadar ketukan dan terima barang tetapi entah mengapa ketukan itu menjadi suatu penantian buat si dia sehingga menimbulkan rasa cinta di kedua hati mereka. "Kalau saya nak awak jadi isteri saya, awak nak?" - Rafique Riqz "Saya nak sekiranya awak janji yang awak tidak akan tinggalkan saya" - Sofea Inara Percintaan mereka tidak sempurna tetapi saling menuntun dan saling memerlukan satu sama lain. Mereka tidak memerlukan dunia untuk mereka terus bahagia melainkan hanya mereka berdua di sebalik satu pintu yang menyatukan segalanya. Start : 09/11/2025 End : 20/05/2026
More details