TAJUK ASAL ; AKU CINTA KAMU, PAK CIK HOT. BLURB Cinta pandang pertama tak semestinya berakhir indah. Di tepi pantai yang airnya kehijauan, Aileen kena reject tanpa diberi peluang. "Leen... Leen rasa Leen dah jatuh cinta dekat Abang." - Aileen Daarina "Maafkan Abang, Leen. Abang rasa Leen...tak sesuai dengan abang." - Habib Wazir Gara-gara cintanya ditolak, Aileen tekad untuk tidak berangan lagi! Jatuh cinta pandang pertama? Dongeng semata-mata. Sugar daddy kiriman Tuhan? Huh! Langsung tak masuk akal. Lebih baik dia fokus pada masa depannya. Pertemuan tak dijangka selepas tiga tahun telah merubah roda hidup Aileen 100 %. Kahwin? Selepas tiga tahun?! "Abang ikhlas dengan Leen. Abang nak Leen jadi suri hati Abang," - Habib Wazir "Macam ni, Dato' balik bilik buat solat hajat atau solat istikharah dulu." - Aileen Daarina Mengarut! Tapi Aileen terpaksa akur apabila itu kehendak Abahnya. Bahagia... adakah ia benar-benar akan menjadi milik Aileen kali ini? START 28/02/2023
More details