Kehidupan rumahtangga Almira dan Aizat pada awalnya bagaikan sebuah kisah dongeng. Di mahligai mewah yang dibina atas dasar cinta, mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Ayden dan Aireen.
Namun, selepas dua tahun, kesibukan Almira mengejar kerjaya mula mencipta ruang kosong dalam pengurusan anak-anak. Atas desakan keadaan, mereka bersepakat untuk mengupah seorang pengasuh peribadi.
Kehadiran Clara, seorang bekas guru sekolah antarabangsa, pada mulanya dilihat sebagai penyelesaian yang sempurna oleh Aizat. Namun, naluri seorang isteri tidak pernah menipu. Almira mula merasakan aura yang tidak menyenangkan daripada pengasuh tersebut.
Bagi menyelamatkan maruah dan reputasi suaminya sebagai seorang guru agama, Almira terpaksa menelan kepahitan yang teramat sangat. Dia mengambil satu keputusan drastik yang mengubah hidup mereka selamanya.
"If the religious office finds him guilty of khalwat tomorrow, the easiest solution to save his reputation as an 'Ustaz'... is marriage," -Almira Eram
Memaksa Clara memeluk Islam dan menjadi isteri kedua Aizat agar dia boleh mengawal wanita itu di bawah peraturannya sebagai isteri pertama.
Namun, mengahwinkan musuh dengan suaminya sendiri bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Ia menjadi permulaan kepada sebuah perang psikologi di dalam rumahnya.
"You are my wife by necessity, not by choice. In this home, you are an unwanted guest. Don't you dare cross Almira,"-Aizat Bahij
Berbekalkan status baharunya yang sah, Clara mula mengatur langkah memprovokasi Almira secara halus. Di bawah satu bumbung yang sama, Almira kini terpaksa bertarung setiap hari untuk mempertahankan takhtanya sebagai permaisuri rumah itu dan melindungi keluarganya daripada madunya yang penuh dengan tipu daya dan kelicikan.
Tous Droits Réservés