Book 2 Things end, but memories last forever. Muadz Rizqi dan Malaika Afra. Pertemuan di Hospital Besar Kuala Lumpur menjadi detik bermakna yang mencipta kenangan abadi buat mereka berdua. Pelbagai kisah suka dan duka tercipta sepanjang perkenalan mereka - daripada gurauan nakal hinggalah ke saat-saat yang menggetarkan jiwa. Namun, seperti setiap perjalanan, mereka juga tidak terlepas daripada hakikat sebuah perpisahan. Dalam setiap hubungan, pasti ada pahit dan manisnya. "Doktor, mak saya nak nombor telefon doktor," kata Afra. "Buat apa?" soal Doktor Muadz. "Buat menantu," jawab Afra bersahaja. Disangkanya kisah hidup sudah sampai ke noktah terakhir, namun ternyata takdir berkata sebaliknya. Perjalanannya masih panjang, masih banyak yang perlu dipelajari dan diharungi. Hidup ini adalah hela nafas yang satu hari nanti akan dihembuskan buat kali terakhir. Dan kematian - adalah sesuatu yang paling dekat dengan kita. Dia adalah lelaki yang aku temui tanpa sengaja. Namun kehadirannya sentiasa aku nanti-nantikan. Dan dia... dia lelaki yang tidak pernah aku miliki, tetapi melalui dia, aku belajar erti cinta. Kerana mencintainya, aku belajar bahawa: "Mencintai tidak semestinya memiliki." Cover book by @Hayleyira
More details