[ Ice Prince Latte x Cik Clumsy ]
"KALAU Anne jadi cacing, Cael jadi apa?" soal Anne dengan nada penuh tanda tanya. Inilah perempuan, banyak betul soalan tidak masuk akal yang terlintas!
"Cael jadi ikan. Ikan kan makan cacing. Blup blup," jawab Cael bersama gelak tawa bahagia.
Faerith Annelise.
Sebaris nama indah itu sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berdebar.
Kebahagiaan yang dirasainya tika ini tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Namun, sebagai seorang manusia, sudah tentu tidak lari daripada diuji oleh Dia Yang Maha Esa.
Kematian mengejut kedua-dua ibu bapa Cael meninggalkan luka yang dalam di hatinya. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui siapa dalang di sebalik kematian kedua-dua orang tuanya.
Dia ialah...
Bapa kepada gadis yang dia cintai!
Dia buntu! Patutkah dia meletakkan segala kesalahan Dato' Sri Farid di atas bahu Anne?
Walhal, dia tahu bahawa Anne tidak terlibat.
Namun, kerana jiwa yang telah bersalut dendam, dia rela mengetepikan cinta.
"Wait for me, Anne." - CAELUS LYSANDER
"You don't even know how I'll handle you and your bastard father." - CAELUS LYSANDER
"Anne minta maaf bagi pihak Papa. Tapi kenapa Anne yang perlu terima akibat atas perbuatan yang Anne tak lakukan?" - FAERITH ANNELISE
"Sebab kau anak pembunuh!" - CAELUS LYSANDER
Tetapi entah mengapa, melihat Anne menderita kerana kehilangan segala-galanya tidak membuatkan dia bahagia.
Malah, dia turut berduka.
Ya Allah...
Apa yang aku telah lakukan?
"No! Jangan dekat dengan Anne... Anne perempuan hina, yang sanggup tutup mata atas kejahatan ayah sendiri..." - FAERITH ANNELISE
"Maafkan abang, sayang... Abang terlalu kejarkan dendam abang, sehingga abang lupa yang sayang sentiasa di sisi abang..." - CAELUS LYSANDER
Dua jiwa yang terluka kini bersama.
Bukan kerana dendam mereka telah hilang.
Tetapi kerana akhirnya mereka sedar...
Mereka tidak sepatutnya saling melukai atas dosa yang bukan mereka lakukan.
Start: 28th August 2026
Plagiarism is not allowed! ⚠️
All Rights Reserved