Vengeance: Kesumat (Bonus bab Awal)

Vengeance: Kesumat (Bonus bab Awal)

  • WpView
    Membaca 352
  • WpVote
    Vote 1
  • WpPart
    Bab 11
WpMetadataReadLengkap Sel, Mei 26, 2026
WpInfo
Fiksi
Aksi dan Thriller
Psikologis
Kriminal
Bertahan Hidup
Malam itu malam yang dipenuhi jeritan yang mengerikan. Api yang marak dan garang telah meragut nyawa sebuah keluarga kecil. Thariq satu-satunya anak kecil yang terselamat namun sesuatu dalam dirinya turut mati bersama tragedi itu. Kemanusiaan. Tahun demi tahun berlalu, kini Thariq semakin membesar seiring dengan dendam kesumatnya. Tanpa amaran, siri pembunuhan mula mengoyak kesepian malam. Seorang demi seorang diseksa dan dibunuh, bagai satu rantaian pembunuhan yang terancang. Penyiasatan mula dijalankan Inspektor Munir. "Mereka jadi sasaran seseorang. Mereka diburu oleh orang yang sama. Waktu saya kenal pasti semua sasaran, semuanya dah terlewat. Hampir kesemua mereka ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan. Saya percaya, perbuatan ganas ni bermotifkan dendam." - Inspektor Munir. Thariq masih tidak berhenti untuk melunaskan dendam kepada sasaran terakhirnya iaitu Dato Badar. Sasaran yang paling dinantikannya. Dato Badarlah punca segala kehancuran hidupnya. Namun lelaki itu kelihatan bahagia dengan keluarganya, malah mempunyai orang kepercayaan baharu, menantunya, Najmi. Bagi Najmi pula, dia kerap berasa berdebar-debar tanpa sebarang sebab. Kebelakangan ini juga, dia sering kali didatangi mimpi ngeri. Mimpi yang dahsyat sehingga dia meracau-racau dalam tidur, memaksa isterinya, Miralia mengejutkan dia ke alam jaga. Miralia sendiri terlalu bingung dengan perubahan mendadak Najmi. Keterujaan Miralia tatkala terbinanya mahligai bahagia bersama insan tercinta hanyalah sementara. Segalanya berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. Najmi bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Perubahan lelaki itu menimbulkan seribu tanda tanya. Pertemuan Miralia dan Thariq sedikit demi sedikit merungkai teka-teki. Saat segalanya terbongkar, tegarkah dia meneruskan ikatan yang dibina atas dasar cinta?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#9
novelkaryaseni
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • UNKNOWN [COMPLETE]
  • Yang Tertulis Dilangit [C]
  • ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBAND
  • GAVRIEL
  • Mr.Cruel (Unedited)
  • 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C
  • TWISTED REVENGE (C) (In-editing)
  • 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂
  • SETIA
  • TUANKU HAIQAL IBRAHIM :THE MISSION

Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan