Isteri Untuk 62 Hari. [OG]

Isteri Untuk 62 Hari. [OG]

  • WpView
    Reads 353
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jul 14, 2026
​"Duit kau bayar tu... tak cukup nak beli kesabaran aku." ​Syed Alee Raesh. Orang panggil dia Mameng. Luarannya nampak macam CEO muda yang karismatik, tapi realitinya? Dia predator dalam dunia gelap. Sebelah tangan pegang saham, sebelah lagi pegang mesin gergaji potong jari orang. Dia kejam, dingin, dan paling pantang kalau haknya disentuh. ​Sampailah petang itu, di bawah hujan lebat selepas dia selesai 'melapah' musuh, matanya tertangkap pada susuk tubuh yang tengah mengamuk tepi jalan. ​Dayang Nur Zafyra. ​Gadis malang yang baru gagal temuduga, kereta rosak, dan sedang diburu bapa sendiri untuk dijadikan barang gadai hutang. 10 tahun tak berjumpa, alih-alih budak perempuan bermulut puaka zaman sekolah dulu ni muncul depan matanya dalam keadaan basah kuyup. ​Maka bermulalah episod 'penculikan' sukarela yang paling huru-hara dalam sejarah hidup seorang gangster elit. ​"Kau jangan sampai aku campak kau dalam longkang, Dayang. Masuk kereta. Jangan degil." ​"Aku tak nak! Kau tu penuh darah, baju bau macam tempat sembelih lembu! Kau ingat aku heran dengan Lamborghini kau ni?!" ​"Bisinglah. Kau nak maruah kau terjaga ke, atau kau nak dua ekor setan dekat depan tu scan badan kau?" ​Bagi Piji dan Yum, Dayang adalah satu-satunya perempuan dalam dunia yang berani tengking bos mereka hidup-hidup tanpa rasa takut mati. Dan bagi Mameng, Dayang adalah ujian kesabaran paling agung yang pernah Allah turunkan. ​Bila dunia gelap keluarga Syed mula menghimpit, dan hutang keluarga Dayang mula menuntut janji... pelindung atau pembunuh yang sedang berdiri di sebelah Dayang sekarang? ​Sebab dalam dunia Mameng... kalau dia tak boleh memiliki, dia lagi rela menanam. ​[ #DarkRomance #ActionComedy #Gangster #HateToLove ] Progress: April 2026 Publish start maybe: 15 june 2026
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Istilah Cinta Untuk Dia
  • Edlan Iskandar (SLOW UPDATE)
  • Hipotesis Cinta
  • BETRAYAL
  • ISTIKHARAH CINTA
  • Salah Orang ke Salah Rasa? [Ongoing Eps 13]
  • Jiran Sebelah Rumah ✔
  • OG |  ELITE KIRA
  • MARSARAH (COMPLETED)
  • Mamat Nerd♡Minah Brutal

Nama asalnya Ini Bubur Cinta, mula ditulis sejak tahun 2009 di blog. Bab yang dipaparkan di sini semuanya tidak penuh ya. Novel ini berada di pasaran bermula November 2016. Harap maklum. SINOPSIS : Istilah Cinta Untuk Dia karya Anarif ISABELLE, anak kecil keturunan pan-asia telah diserahkan kepada Nek Zizah dan Tuk Khalid untuk dididik menjadi gadis Timur yang berilmu agama. Kedatangannya mengundang amarah Haliza, ibu Paan sekali gus memisahkan hubungan antara ibu dan anak juga persahabatan Paan dengan Isabelle. Masa berlalu dan kali ini kehadiran Isabelle sebagai Fatimah di rumah besar Paan atas tugas orang gaji adalah arahan Haliza! "Kau nak tahu kenapa aku nak kau ikut esok?" Isabelle ketap bibir. "Kalau majikan nak saya pergi ke mana pun, asalkan tak berdosa dan tak memudaratkan, apa hak saya untuk bertanya kenapa? Kalau boleh ke matahari tanpa terbakar pun saya kena pergi jugak," separuh menyindir, Isabelle membalas. Paan tersengih tiba-tiba. "Tak ada pun aku suruh kau pergi sampai matahari tu. Layak ke kau nak jadi angkasawan?" Isabelle membesarkan matanya. Aneh lelaki ini. Kejap prihatin, kejap mengutuk. ESFAHAN aka Paan, seorang arkitek dan model bebas terutama pakaian dalam lelaki! Kerana memberontak dek kisah silam dia menjadi panas baran. Namun kerana cinta, dia jadi penyayang dan kerana Isabelle, dia sanggup lakukan apa saja. Sikap Paan membuatkan Isabelle membenci namun dalam diam terbit rasa suka. "I didn't know you have a lot of me inside your handphone." - Issabelle "I have a lot of you, inside my heart. Nak mintak belah dada, nanti tak sempat kahwin pula. So, ini saja bukti yang ada. You're forever stuck with me. And I'm forever here for you." - Paan KENALKAH Paan siapa Fatimah sebenarnya? Dan apakah nasib hubungan antara 'Fatimah' dan Paan apabila Haliza yang punya misi rahsianya mengetahui mereka mula mencipta mesra sekali lagi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines