Sebaris Takdir Affeya |c  |

Sebaris Takdir Affeya |c |

  • WpView
    Reads 27,042
  • WpVote
    Votes 1,126
  • WpPart
    Parts 52
WpMetadataReadMatureComplete Sat, Aug 29, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
First Love
Highschool
Happy Ending
Pertemuan pertama mereka tidak pernah seindah yang disangka. "Nasib air ni tak kena baju aku!" "Maaf, maaf... saya tak sengaja." Pergaduhan, salah faham dan sikap masing-masing yang tidak matang membuatkan mereka sering bertelagah. Namun, di sebalik segala perselisihan itu, tanpa mereka sedari, hati masing masing mula berubah. Perlahan-lahan, takdir mula menemukan mereka berdua... "Kau buat apa kat sini?" - Afif "Saya tengah tangkap ikan kat sini." - Affeya "Kau rasa ikan yang mana satu paling hensem?" - Afif Afif dan Affeya sudah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hubungan mereka tidak pernah berjalan dengan mudah. Setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka menyampah. Bagi Affeya, Afif hanyalah lelaki yang suka mengusik dan menyakitkan hati. Bagi Afif pula, Affeya ialah gadis degil yang tidak pernah mahu mengalah. Tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, hati mula menunjukkan perasaan yang sebenar. "Kau suka aku ke, Affeya... jujur?" - Afif "Awak nak tahu sangat, kan? Ya, saya memang suka awak dari dulu lagi." - Affeya Namun, kehidupan mereka tidak selamanya dipenuhi bahagia. Tugas, jarak dan sebuah kesakitan yang hadir tanpa diduga mula menguji hubungan yang mereka bina bersama. Saat salah seorang daripada mereka terpaksa berdepan dengan ujian yang mengubah kehidupan, cinta mereka sekali lagi diuji. Kali ini bukan dengan pergaduhan atau salah faham, tetapi dengan ketakutan untuk kehilangan insan yang paling disayangi. "Kalau abang rindu kenangan kita, tengoklah pokok-pokok bunga ni." - Affeya "Sebab apa?" - Afif "Sebab kita tanam sama-sama." - Affeya Mampukah Afif dan Affeya mempertahankan cinta yang pernah bermula dengan sebuah pertengkaran? Atau adakah ujian itu akan menjadi titik terakhir dalam kisah cinta mereka?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • The Love Sets
  • 𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
  • Love, Unspoken
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • The Silent Voice Is My Wife | OG
  • 𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Veil Of Obsession
  • He Turned With A Ring (COMPLETE)
  • QARL AL-FAWWAZ  (complete)
  • When We Love Again
  • Emir's Elara [COMPLETED]
  • MASIH BERHARAP (COMPLETE)
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]
  • 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C
  • 𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C

𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅

More details
WpActionLinkContent Guidelines