Danger: FALLING FOR YOU🚨[OG]

Danger: FALLING FOR YOU🚨[OG]

  • WpView
    Reads 268
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, May 21, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Kehilangan seorang insan yang paling bererti dalam hidupnya meragut separuh jiwa Megat Nuqman. Sejak tragedi besar itu, dia bukan lagi lelaki yang sama. Dingin. Jauh. Dan membina tembok tinggi antara dirinya dan dunia luar. Trauma yang tersisa membuatkan dia memilih untuk tidak lagi mengenali sesiapa, apatah lagi membenarkan seseorang singgah dalam hidupnya. Namun, takdir tidak pernah meminta izin. Kehadiran seorang gadis yang terlalu mirip dengan bayangan masa lalunya mengganggu ketenangan yang selama ini dia pertahankan. Nur Naira gadis kecil molek dengan senyuman yang tidak pernah pudar. Ceria, nakal dan terlalu hidup untuk seseorang yang hatinya sudah lama mati rasa. Kehadirannya tanpa sedar mula mengisi ruang kosong yang Megat Nuqman sendiri tidak pernah mahu akui wujud. Dari pertemuan yang tidak disengajakan, takdir perlahan-lahan mempertemukan mereka dalam satu ikatan yang tidak diminta. Dari situ, bermulalah pertembungan dua jiwa... "Lelaki hati kering. Tak ada perasaan. Garang." Itulah gelaran Naira buat Megat Nuqman, lelaki yang langsung tidak pernah memberi ruang untuknya mendekat. "Hati aku kosong, Naira. Aku tak nak sesiapa duduk dalam hati aku... termasuk kau." Kata-kata itu cukup tajam, sekali gus mematahkan semangat Naira untuk terus mendekati lelaki itu lagi. Jiwanya terasa dipermainkan oleh suami sendiri. Segala kesabaran dan rasa sayang yang selama ini dia luahkan seolah langsung tak bernilai di mata Nuqman. Semuanya terasa sia-sia.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25

More details
WpActionLinkContent Guidelines