QABSAH BUAT AYDEAN

QABSAH BUAT AYDEAN

  • WpView
    Reads 31
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadComplete Tue, Jun 2, 2026
[Spin-off=Mata Yang Menawan] QABSAH BUAT AYDEAN "In a world full of perfect steps, he fell for her stillness." Tengku Aydean Bellamy X Elara Qabsah Aydean Seorang jejaka yang baru sahaja menamatkan pengajian semesternya. Namun, belum pun sempat dia menarik nafas lega, telinganya sudah merah diomel oleh si kakak untuk segera mencari calon isteri. Nak cari dekat mana? Susah, weh! Bukan semudah itu untuk mencari sekeping hati yang tulus. Tapi... sejak takdir mencetuskan satu kejadian yang tidak disangka... dia terjumpa dengan seorang gadis. Qabsah Seorang gadis yang diuji dengan lumpuh sejak lahir. Sangat berbeza dengan nasib kakak kembarnya, Elyra Qamra yang membesar dengan normal. Setiap hari bibirnya tidak putus mendoakan keajaiban agar dia mampu melangkah, namun... kenyataan tetap tidak berubah. Setiap kali melihat kekurangan diri, Qabsah sering berbisik sendiri; siapalah yang sudi menyukai gadis tidak sempurna sepertinya? Tapi... Dunianya yang sunyi berubah sekelip mata apabila dia bertemu dengan seorang jejaka. Di tengah kelebatan hujan... mereka berjumpa. "Mana keluarga awak?" - Tengku Aydean Bellamy "Abang saya... dalam perjalanan..." - Elara Qabsah Pertemuan singkat di bawah payung yang sama itu rupa-rupanya menjadi permulaan kisah mereka. Aydean jatuh cinta pada keheningan gadis itu. Begitu juga dengan Qabsah yang mula mendamba kehangatan si jejaka. Dapatkah dua dunia yang berbeza ini bersatu dan mengecap bahagia?
All Rights Reserved
#13
handsomeboy
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Dalam Luka Ada Kamu
  • 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Vow Of Hope
  • Aydeen's Untold Heart
  • Forever Isn't What We Promised
  • Secretly Yours, Aiden
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines