KITA
  • WpView
    Leituras 16
  • WpVote
    Votos 0
  • WpPart
    Capítulos 5
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização qua, mai 6, 2026
WpInfo
Ficção
Romance
Destinados ao Amor
Ensino Médio
Cotidiano (Slice of Life)
Aku hanya mampu memandang dari jauh. Di sebalik dinding peraturan dan batasan kehidupan di maahad, aku belajar menyimpan rasa-rasa yang tidak pernah aku rancang untuk hadir. Dia bukan siapa-siapa yang luar biasa di mata orang, sekadar lelaki biasa yang menjalani hari seperti orang lain. Namun pada pandanganku, dia berbeza. Cara dia membantu tanpa diminta, senyumannya yang sederhana, dan sikapnya yang ringan tulang menjadikan dia disenangi ramai... termasuk aku. Setiap hari, aku mengumpul keberanian yang tidak pernah cukup untuk diluahkan. Di dalam dunia yang mengajar kami tentang adab, batas, dan menjaga hati, aku memilih untuk diam. Bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana aku terlalu menghormati ruang yang sepatutnya tidak dilanggar. Aku menyukai dia dalam senyap. Dalam doa yang tidak pernah disebut namanya, dalam harapan yang aku simpan rapi, dan dalam jarak yang aku sendiri pilih untuk kekalkan. Mungkin dia tidak pernah tahu. Dan mungkin, itu yang terbaik.
Todos os Direitos Reservados
#22
poet
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Racing King
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo