Hidup seperti gangster. Tanpa hala tuju. Tanpa aturan. Dan jauh dari jalan sebenar bagi seorang lelaki islam. Itulah kehidupan sehariannya.
Akram Hidayat,
Umur yang sudah hampir mencecah 30,tapi hidupnya? Porak peranda. Dia tidak kenal apa itu Islam. Hanya pada kad pengenalan, islam, yang tertera. Tapi bukan dirinya.
Minuman keras.
Berjudi.
Bergaduh.
Semua itu makanan seharian Akram. Menjadi salah satu ahli terkuat dalam sebuah kumpulan gangster di Kuala Lumpur, merupakan perkara biasa bagi seorang Akram. Ada nama, orang takut. Ada kuasa, orang sanjung.
Tapi hati seorang Akram Hidayat, tetap berasa kosong.
-
Humairah,
Bukan gadis dari keluarga berada. Hanya seorang yang ingin melanjutkan kehidupan dan bantu keluarganya yang biasa-biasa. Humairah tekad menaiki bas, berhijrah ke negeri orang, untuk rezeki yang halal.
Bersama kenalannya di Kuala Lumpur. Humairah berjaya dapatkan kerja di sebuah kilang. Walaupun gaji yang diterima tidaklah sebesar apa yang diharapkan. Dia tekad untuk bantu keluarga.
Dan satu tekad lagi, tidak akan jatuh hati!
Namun, pertemuannya dengan Akram, yang bekerja satu kilang dengannya. Mengubah hati seorang Humairah.
Humairah tahu Akram seorang gangster, tapi bagaimana pula reaksi keluarganya nanti.
Akram tahu Humairah seorang wanita baik yang tidak layak dia dampingi.
Ini kisah mereka.
Dua hamba Allah yang buntu dalam gelojak perasaan dan fikiran masing-masing.
Humairah dengan hatinya yang masih ragu.
dan Akram yang mahu mencari jalan pulang.
"Tolong bawa aku pulang, Tuhan..." -Akram Hidayat
------------------------
start :
26/04/2026
Ahad
01:00 pagi
All Rights Reserved