The Lost Heirs [SU]

The Lost Heirs [SU]

  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jun 23, 2026
"Dendam yang membakar tidak akan terpadam sehinggalah tanah musuh hangus menjadi abu." Di bawah pemerintahan Raja Muda Xandrev Syévrean, empayar Rattana Shen tidak lagi mengenali erti belas kasihan. Jiwa mudanya telah lama mati bersama-sama dua orang abangnya yang terkorban dalam perang berdarah melawan Bayu Atma. Misi armada Krainix di bawah arahannya cuma satu: hancurkan bumi Bayu Atma sepenuhnya, demi memastikan adik perempuannya, Xiamél Syévroanne, hidup di bawah langit yang selamat. Namun, di tengah-tengah kehangatan api peperangan, takdir sedang menyembunyikan tiga kepingan catur yang tidak dijangka. Asmar adalah angin yang tenang sebelum ribut. Sebagai anak sulung, dia memikul beban berat untuk melindungi Zulfan, satu-satunya adik perempuan dan darah daging yang dia ingat masih tersisa di dunia ini. Mereka tahu mereka mempunyai seorang adik lelaki. Namun, memori silam yang terkubur membuatkan dua beradik ini percaya... si bongsu telah lama mati setelah sekian lama kehilangannya. Di satu sudut kampung yang terasing, seorang pemuda bernama Iryad membesar tanpa mengetahui mengapa hatinya sering bergetar setiap kali loceng perang Rattana Shen berbunyi. Dia hanya mempunyai sebentuk cincin yang terukir tanda misteri. Bagi dunia, mereka hanyalah orang asing yang melintasi takdir yang berbeza. Tetapi apabila rahsia lama mula retak, mereka dipaksa untuk memilih: Kekal hidup sebagai orang asing yang selamat, atau bangkit menuntut sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu milik siapa? "Jangan cari apa yang hilang. Kerana apabila ia ditemui, kamu mungkin tidak sanggup membayar harganya. Darah pula tidak pernah menipu, walaupun ingatan telah mati." Start: 7/6/2026
All Rights Reserved
#53
royalty
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • CINTA HATI SI TENGKU
  • CERITA PENDEK
  • isteri ku
  • ABANG TIRI
  • 40 Ritual Malam
  • Rawatan Ummi Khalsom
  • KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞
  • Mama
  • JAGA

Mengisahkan perjalanan hidup dua insan yang dijodohkan tanpa pengetahuan dan kerelaan hati mereka. Tengku Hilman Arasyah, seorang lelaki berdisiplin, tegas dan dingin, terpaksa akur dengan keputusan ibunya untuk bertunang dengan Putri Luna Insyirrah, seorang gadis yang lembut, penyabar dan menyimpan seribu rahsia. "Ingat, aku terima penjodohan ni sebab ibu aku." - Tengku Hilman Arasyah "Ya, saya tahu kenyataan itu, Tengku." - Putri Luna Insyirrah Pada awalnya, hubungan mereka dipenuhi kekok dan keterpaksaan. Namun, seiring waktu dan pelbagai peristiwa yang mendatang, ruang hati yang tertutup mula terbuka sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, benih cinta mula bertunas di antara mereka. Namun, kebahagiaan itu tidak pernah hadir tanpa ujian. Tengku Hilman menyimpan satu rahsia besar, manakala Luna pula dibelenggu ketakutan dan pengorbanan yang tidak diketahui suaminya. Demi cinta, Luna sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri. "Saya benarkan abang kahwin lain. Abang berhak ada zuriat sendiri... dan saya tak mampu berikan abang zuriat." - Putri Luna Insyirrah Namun kata-kata itu ibarat pisau yang menghiris hati seorang suami. "Jangan cabar kesabaran abang. Kalau sayang rasa sanggup lihat abang bersama wanita lain di belakang sayang, teruskan..." - Tengku Hilman Arasyah Saat egonya tercabar dan emosinya menguasai diri, Tengku Hilman mengambil keputusan yang akhirnya meretakkan hubungan mereka. Kemunculan seorang wanita bernama Erlina Amiera mengubah segalanya. "Saya Erlina Amiera... isteri kedua Tengku Hilman." Erlina Amiera Mampukah cinta yang lahir tanpa rela itu bertahan setelah kepercayaan mula rapuh? Atau mereka akan kalah pada takdir dan keputusan yang dibuat dalam keadaan terluka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines