We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
The Lost Heirs [Hiatus]

The Lost Heirs [Hiatus]

  • WpView
    Reads 30
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Aug 12, 2026
WpInfo
Fiction
Fantasy
Ancient Civilizations
Magical Kingdoms
High Fantasy
﷽ "Dendam yang membakar tidak akan terpadam sehinggalah tanah musuh hangus menjadi abu." Di bawah pemerintahan Raja Muda Xandrev Syévrean, empayar Rattana Shen tidak lagi mengenali erti belas kasihan. Jiwa mudanya telah lama mati bersama-sama dua orang abangnya yang terkorban dalam perang berdarah melawan Bayu Atma. Misi armada Krainix di bawah arahannya cuma satu: hancurkan bumi Bayu Atma sepenuhnya, demi memastikan adik perempuannya, Xiamél Syévroanne, hidup di bawah langit yang selamat. Namun, di tengah-tengah kehangatan api peperangan, takdir sedang menyembunyikan tiga kepingan catur yang tidak dijangka. Asmar adalah angin yang tenang sebelum ribut. Sebagai anak sulung, dia memikul beban berat untuk melindungi Zulfan, satu-satunya adik perempuan dan darah daging yang dia fikir masih tersisa di dunia ini. Mereka tahu mereka mempunyai seorang adik lelaki. Namun, memori silam yang terkubur membuatkan dua beradik ini percaya... si bongsu telah lama mati setelah sekian lama kehilangannya. Di satu sudut kampung yang terasing, seorang pemuda bernama Iryad membesar tanpa mengetahui mengapa hatinya sering bergetar setiap kali loceng perang Rattana Shen berbunyi. Dia hanya mempunyai sebentuk cincin yang terukir tanda misteri. Bagi dunia, mereka hanyalah orang asing yang melintasi takdir yang berbeza. Tetapi apabila rahsia lama mula retak, mereka dipaksa untuk memilih: Kekal hidup sebagai orang asing yang selamat, atau bangkit menuntut sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu milik siapa? "Jangan cari apa yang hilang. Kerana apabila ia ditemui, kamu mungkin tidak sanggup membayar harganya. Darah pula tidak pernah menipu, walaupun ingatan telah mati." Start: 7/6/2026 End: ? Story by: JustSafayie
All Rights Reserved
#2
royalty
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Hingga Akhir Nanti✔
  • Stay With Me
  • Isteri Bisuku (New Version)
  • C |  BAD GIRL
  • A Cup of You
  • Aku Cinta Kau, Mr. Headprefect!
  • Dear, Arjuna
  • The Royal School
  • Puteri Yang TerBuang
  • NERD MAFIA 2

| This was written when I was 15 n 16, and I know that this story is so cliche but I don't have time nor chances to edit it. But anyway thanks for reading! BIARPUN BERAKHIR MASA, TERHENTI NYAWA, AKU MASIH AKAN MENCINTA. Kerana satu peristiwa, yang meragut hampir segala-galanya... Dia kehilangan insan-insan yang paling bermakna dalam hidupnya. "Sara rindu..." Dia hilang kepercayaan dan kasih dari insan yang dahulunya pernah menyayanginya... "Kau diam! Kau tak layak nak cakap macam tu. Sekarang kau berambus dari sini! Berambus! Aku benci tengok muka kau. Pergi!"- Puan Maria. Arisha tidak peduli! Walau seberat manapun hukumannya, Walau seperit manapun dugaannya, Dia akan menerima segalanya. Dan dia akan terus setia. "Sara tak peduli... Walau seteruk mana pun ibu sakitkan Sara, Sara takkan pernah bencikan ibu. Takkan pernah." Ada seorang insan,yang menyaksikan segalanya. Insan yang sentiasa hadir di saat rasa perit mencengkam jiwanya. Dia, seorang Emir Haqiem... yang sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi melihat cintanya kembali tersenyum. "Abang tak nak Sara sakit. You had suffered too much. I just can't handle the pain watching you hurting..." Dia akan terus mencintai hingga akhir nanti. Naufal Hafiez. Ternyata kehadirannya memberikan sentuhan berbeza dalam ceritera hidup milik gadis itu, Arisha Qaisara. Sentuhan yang telah menyuntik berjuta harapan baru buat seorang Arisha Qaisara. "Aku harap, kau boleh bagi aku peluang. Aku akan jaga kau. Lindungi kau dari mereka yang selalu sakitkan kau... " Saat hati mulai disentuh rasa, Takdir pula melakarkan kisah berbeza. Ketentuan takdir yang selamanya mengubah ceritera mereka. "I'm sorry for everything... Aku perlu lakukannya demi kita." "Aku akan bahagia bila dia bahagia. Dan aku tahu, hanya kau yang mampu lakukan itu." Hati manakah yang akan masih mampu untuk mencintai hingga akhir nanti? Bagaimanakah akhirnya pengakhiran kisah ini?

More details
WpActionLinkContent Guidelines