Beri Aku Peluang

Beri Aku Peluang

  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, May 24, 2026
BERI AKU PELUANG Kehilangan anggota keluarga adalah luka yang paling perit. Namun, setiap yang terjadi telah tertulis di Luh Mahfuz, jauh sebelum manusia itu dilahirkan. Setiap hamba-Nya pasti diuji mengikut kemampuan yang telah ditetapkan. Aezelynne Antasha binti Abdullah kehilangan kedua-dua ibu bapanya ketika usianya baru mencecah beberapa bulan. Dia dibesarkan oleh ibu angkatnya, Puan Fatihah - seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang. Tasha membesar sederhana. Cukup makan, cukup pakai, cukup kasih sayang. Sejak kecil, dia lebih banyak diam. Dunia baginya sunyi, sehingga takdir menemukan dia dengan seorang lelaki bernama Mohd Darique Raykal bin Mejar Razlan. Seorang pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah. Dingin, tertutup, dan membawa beban kisah silam yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. "Setiap manusia pasti akan dikecewakan oleh kisah gelapnya sendiri." - Raykal "Tinggalkan aku, Mohd Darique Raykal. Pergi bahagialah dengan wanita yang lebih sempurna." - Tasha "Beri aku peluang kedua, Tasha. Cuma sekali ini." - Raykal Di sebalik kes pembunuhan kejam oleh kembar psikopat yang sedang mereka buru, tersembunyi rahsia yang mengikat masa lalu Darique dan Tasha. Siapakah dalang sebenar di sebalik permainan maut ini? Mengapa kepercayaan Tasha terhadap Raykal semakin terhakis? Mampukah peluang kedua menyembuhkan luka, atau sekadar menambah satu lagi kubur? Surah Al-Baqarah 2:286 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Sebuah naskhah jenayah yang gelap, disulam cinta yang tragis dan pengkhianatan yang pengkhianatan yang merobek jiwa. Kerana tidak semua peluang kedua berakhir dengan bahagia. Amaran: Mengandungi adegan keganasan, trauma, dan pengakhiran yang meragut air mata.
All Rights Reserved
#3
slowupdate
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Forever Isn't What We Promised
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • Secretly Yours, Aiden
  • Aydeen's Untold Heart
  • Vow Of Hope
  • 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C
  • Permission to Fall, Prof!
  • Dalam Luka Ada Kamu

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines