Ariana Alexandra, seorang supermodel yang berada di puncak kerjaya, dikenali dengan sikap berani dan mulut pedasnya. Di sebalik senyuman sempurna di hadapan kamera, hidupnya dikawal ketat oleh industri yang menuntut kesempurnaan tanpa henti.
Adrian William pula adalah pelumba Formula 1 yang digeruni di litar, seorang yang dingin, berdisiplin, dan terlalu fokus pada kemenangan sehingga menutup ruang untuk sesiapa sahaja masuk ke dalam hidupnya.
Pertemuan pertama mereka bukanlah sesuatu yang indah.
Satu perlanggaran kecil di acara eksklusif bertukar menjadi pertengkaran besar yang tular di media sosial. Dalam sekelip mata, mereka menjadi bahan gosip dua figura terkenal yang saling membenci.
Namun, demi menjaga reputasi dan kepentingan penaja, mereka dipaksa untuk berpura-pura rapat. Hubungan palsu yang pada awalnya penuh sindiran dan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih sukar untuk dinafikan.
Di sebalik ego dan salah faham, Aidan mula melihat sisi sebenar Inara. Seorang wanita yang penat berpura-pura kuat.
Dan Inara pula mula memahami dunia Aidan yang penuh dengan tekanan, risiko, dan kesunyian yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.
Tetapi bila perasaan mula hadir, masa lalu dan rahsia mula menghantui.
Apabila satu skandal besar mengancam untuk memusnahkan segalanya, mereka terpaksa memilih untuk terus berpura-pura... atau akhirnya jujur dengan apa yang mereka rasa.
Dalam dunia yang penuh kelajuan dan kepalsuan, mampukah cinta mereka bertahan di garisan penamat?
start:4/5/2026
end:??/??/2030
All Rights Reserved