AISHITERU SENJA KYOTO

AISHITERU SENJA KYOTO

  • WpView
    Reads 615
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 10
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jul 7, 2026
Nayla Yasmin sudah lama bersara daripada dunia percintaan. Selepas beberapa episod kecewa yang cukup untuk dijadikan drama 30 episod pukul 7 malam, Nayla Yasmin memutuskan hidupnya lebih aman tanpa komitmen, tanpa bunga, dan tanpa ayat-ayat manis yang akhirnya menambah beban luka di jiwanya. Jadi apabila keluarganya mula bertanya bila dia nak kahwin, jawapan Nayla Yasmin sentiasa sama. "Tak ada calon." Namun semuanya berubah apabila satu tugasan kerja menemukan dia dengan seorang lelaki di Kyoto. Aqeef Ilhan. Pada mulanya, lelaki itu hanyalah orang asing. Kemudian menjadi kawan. Hari demi hari bersama, lelaki itu turut menjadi sebab Nayla Yasmin mula melihat kehidupan dengan cara yang berbeza, seolah trauma dan luka yang dipendam di dalam hati selama ini berjaya diluahkan. Kerana ada luka yang tidak sembuh dengan masa. Mungkin dengan teman istimewa. Di bawah pepohon rimbunan daun maple, Aqeef Ilhan sering membuatkan Nayla Yasmin ketawa sehingga lupa pada hari esok bagaimana takdir mereka. Tanpa mereka sedari, terbit bibit-bibit cinta yang mekar di bumi Kyoto. Tetapi saat itu, Aqeef Ilhan sendiri tidak tahu untuk meluahkan perasaan kerana perjalanan hidup yang berbeza. Nayla Yasmin merasakan ada tembok yang dibina antara mereka oleh Aqeef Ilhan walaupun hati mereka mula terisi dengan perasaan cinta. Persoalan mula bermain. Siapakah Aqeef Ilhan yang sebenar? Apakah rahsia yang disimpan? Dan apabila rahsia itu mula terlerai, adakah kisah mereka akan berakhir seperti yang diimpikan? Atau sekadar menjadi satu kenangan yang ditinggalkan di bumi Kyoto? ***** # Andai deru bayu senja itu dapat kusimpulkan menjadi bola rindu, akan kulontarkan lembut ke perdu rasamu.. untuk menyambut panggilan rinduku ! ***** Assalamualaikum Hai 😊 ini first novel yang saya publish di sini. Jika ada kekurangan dan kesalahan, ampun dari saya. Selamat membaca sambil menyelami perjalanan di Kyoto bersama-sama dgn Nayla dan Ilhan 🍁
All Rights Reserved
#8
cinta
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Only You Mr.Haziq Naufal (New Version)
  • Menjerit
  • Nota Cinta Untuk Ratna | WIP
  • Her Dream
  • Poppy & Aisy
  • Kasar-kasar Sayang [ COMPLETE✔ ]
  • IM FINE.
  • A L I U M ✓

HAZIQ NAUFAL Seorang yang jenis 'Happy Go Lucky' di antara kawan-kawan baiknya,mempunyai rupa yang sangat kacak,tubuh badan yang tegap,mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya,gentleman dan dia juga boleh dikatakan playboy.Tetapi playboy yang susah di dekati dan di dapati.Dia juga di kategorikan jejaka terhangat kerana ramai perempuan yang tergilakan dirinya tetapi dia hanya berkenalan begitu sahaja dengan mereka.Dia juga merupakan orang kepercayaan kepada kawan baiknya sendiri iaitu Tengku Firash Ziyad.Segala masalah yang dihadapi di syarikat itu,dialah yang akan selesaikan. MISYA MILAN Seorang yang lemah lembut,polos,mempunyai wajah yang sangat menawan sehingga ramai lelaki yang cuba nasib untuk mendekati dirnya tetapi ditolak mentah-mentah kerana dia sudah mempunyai seorang teman lelaki.Dia juga datang daripada keluarga yang kaya tetapi sedikit pun dia tidak bangga akan kekayaan keluarganya kerana baginya semua sama sahaja tiada yang beza.Dia juga merupakan satu-satunya kawan baik kepada Nurul Camelia Adriana.'Cafe Melati' merupakan cafe yang dibuka dengan usahanya sendiri.Semua hanya mengenali dirinya sebagai owner kepada cafe itu tetapi tiada siapapun yang mengetahui bahawa dirinya seorang anak jutawan Filipina. ************ "Hye nak kenal boleh?" "Sorry,tak berminat" "Not now but...oneday you will take back your words babygirl" ********** "Will you marry me Misya Milan?" "Aku janji akan jaga kau sehingga akhir hayat aku dan please trust my action if you don't believe in my words" ******* Tidak selamanya kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua.Tiba-tiba hadir orang ketiga dikala mereka sedang mengecapi kebahagiaan.Apa yang mengejutkan Haziq adalah orang itu merupakan kekasih lamanya. "Kenapa waktu aku dah lupakan kau,kau muncul kembali" "Do you still love her,right?" ADAKAH CINTA AKAN BERPUTIK KEMBALI? APAKAH YANG TERJADI KEPADA RUMAHTANGGA YANG DIBINA? BAGAIMANA PERASAAN MISYA?

More details
WpActionLinkContent Guidelines