PULSE
  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 25
WpMetadataReadComplete Fri, May 15, 2026
Setiap malam, Alya menjahit luka orang lain. Tapi lukanya sendiri? Dia biarkan berdarah perlahan-lahan. Alya, seorang houseman yang keletihan, menghabiskan malamnya di hospital sunyi - jauh dari dunia luar, jauh dari dirinya sendiri. Kopi, kertas kerja, dan bunyi monitor ECG adalah satu-satunya teman. Sehingga dia bertemu Rayyan. Lelaki hoodie kelabu yang tahu susu dalam kopinya tanpa ditanya. Yang mendengar tanpa menghakimi. Yang hadir setiap malam seolah-olah hospital adalah rumahnya. Tapi ada sesuatu tentang Rayyan yang tidak kena. Pesakit psikiatri menjerit ketakutan melihatnya. Seorang jururawat resign selepas terlalu rapat dengannya. Seorang doktor muda overdosis dan mati - dan dia yang terakhir bersama si mati. Alya tahu dia patut lari. Tapi setiap kali cuba menjauh, dadanya sesak. Tangannya menggigil. Dan bip di telinganya tidak pernah berhenti. Kerana Rayyan bukan sekadar lelaki misteri. Dia cermin yang memantulkan kembali kehancuran Alya sendiri. Dia suka perempuan yang hampir hancur. Sebab perempuan sihat akan pergi. Namun, bila Alya sudah tiada apa-apa lagi yang tinggal - adakah dia cukup kuat untuk keluar? Atau akan tenggelam bersama lelaki yang tidak pernah benar-benar wujud?
All Rights Reserved
#109
mental
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Thriller : Wais Ayden ✓
  • SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT)
  • Mrs. Ariq Ayden
  • HIS HEART KILLER ⚠️🔞 (HIATUS)
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • The Forced Fame [COMPLETE]
  • nikmatnya bapa kandungku
  • XINGAN MILIK MAFIA (COMPLETE)
  • Suamiku Mr.Bad Boy
  • GRO: Gelora Rahsia Orkid

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines