CODE : HAZARD MAMBA

CODE : HAZARD MAMBA

  • WpView
    Reads 454
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Aug 8, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Dark Romance
Slow Burn
Mafia
Hazard Mamba. Kod misi rahsia yang menjadi punca AYRA SAMIRA dan HAR GIBRAN bertemu. Ayra merupakan pemilik Black Mamba Eyes, sebuah agensi intipan elit bersaiz genit. Semuanya berjalan sempurna sehinggalah dia tersilap langkah apabila terpalit dalam kes melibatkan sindiket perdagangan organ antarabangsa saat menjalankan misi. Dalam situasi tegang itu, Ayra ditakdirkan bertembung dengan HAR GIBRAN. Ketua V-Hackers yang mengawal aliran data gelap dunia mafia. Menggunakan kod nama Hazard sesuai dengan ertinya, Har tidak pernah melepaskan sesiapa yang berani bermain api dengannya. Namun, keberanian Ayra benar-benar mencuit hati lelaki itu. Apabila abang kandung Ayra sendiri iaitu Inspektor Malik mula mengetuai operasi memburu Hazard atas kes pencerobohan pangkalan data pihak polis, Ayra tersepit di tengah-tengah. Demi melindungi gadis itu, Har mengambil keputusan nekad. Menculik Ayra dan membawanya masuk ke dalam kubu paling kebal yang mustahil ditembus oleh pihak berkuasa. Di sinilah segalanya bermula apabila mereka terpaksa berlindung di bawah naungan ketua mafia tertinggi, Darren Del Lucca. Ingatkan tempat berlindung itu aman, rupanya tanggapan Ayra tersilap besar. Menjadi tetamu tak diundang dalam keluarga Del Lucca bermakna dia terpaksa menghadap kegilaan dan drama akasia Darren bersama isterinya, serta perangai ahli keluarga lain yang masing-masing... masuk air! Dalam haru-biru dunia luar yang memburu, mampukah misi Hazard Mamba ini diselesaikan hidup-hidup tanpa ada yang terkorban?
All Rights Reserved
#496
slowburn
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • Permission to Fall, Prof!
  • Pelan Cinta #1
  • Skate To Escape
  • Syaqil's Faithful Heart
  • The Fatih's Court
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • Until Tomorrow
  • Betrayal (C)
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines