Effa Hadira hanyalah seorang gadis biasa di bumi.
Hidupnya sederhana seperti manusia lain. Dia mempunyai kehidupan normal, cinta yang normal, dan seorang lelaki bernama Isa Raykal yang sentiasa berada di sisinya.
Namun semuanya berubah pada malam bulan merah muncul di langit.
Effa tersedar di sebuah dunia asing yang langsung tidak menyerupai bumi. Langitnya gelap kemerahan, dihiasi dua bulan besar yang bercahaya. Istana kristal berdiri megah, dan manusia di situ berpakaian seperti golongan diraja dari dunia lain.
Tetapi apa yang paling menakutkan...
Semua mata memandangnya dengan ketakutan dan aneh.
Mereka berbisik sesama sendiri seolah-olah Effa ialah sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.
"Manusia..."
Di dunia itu, manusia sebenar hanyalah legenda.
Effa dipanggil dengan nama Serrina Haringgton seorang puteri dari bangsa makhluk Elarion yang menyerupai manusia, tetapi bukan manusia.
Pada masa yang sama di bumi, Serrina pula tersedar di dalam bilik Effa. Buat pertama kalinya dalam hidupnya, dia melihat dunia manusia sebenar kereta, telefon, bandar, hujan, dan langit bumi.
Serrina juga ketakutan.
Kerana di matanya... bumi terasa lebih asing daripada mana-mana dunia.
Dan lebih menakutkan lagi...
Isa Raykal langsung tidak menyedari bahawa wanita di hadapannya bukan Effa Hadira yang sebenar.
Nak tahu apa yang terjadi seterusnya?
All Rights Reserved