Antara Langit Dan Aurora

Antara Langit Dan Aurora

  • WpView
    Reads 77
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, May 21, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Ada manusia yang hadir dalam hidup seseorang, bukan dengan cara yang luar biasa. Bukan juga dengan kata-kata cinta yang terlalu indah. Kadang-kadang, mereka hadir secara sederhana. Melalui perbualan kecil yang awalnya tak membawa apa-apa makna. Melalui hari-hari biasa yang perlahan-lahan terasa lebih ringan apabila mereka ada. Dan itulah yang terjadi antara Emir Hanan dan Aurora Medina. Mereka bermula sebagai dua orang asing yang sekadar bertembung di tengah kesibukan manusia lain. Tiada siapa menyangka pertemuan singkat itu akhirnya akan membawa mereka kepada sesuatu yang jauh lebih besar. Aurora hadir ketika hidup Emir terlalu sibuk untuk berhenti seketika. Di sebalik senyuman dan ketenangan lelaki itu, ada lelah yang terlalu lama dipendam sendirian. Sementara Emir pula hadir ketika Aurora masih cuba mencari semula dirinya selepas bertahun-tahun hidup jauh dari rumah. Mereka tak jatuh cinta dengan terlalu cepat. Sebaliknya, hanya perlahan-lahan membiasakan diri dengan kehadiran satu sama lain. Dan tanpa sedar, hubungan itu berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam daripada sekadar cinta. Kerana ada manusia yang tak hanya membuat kita bahagia. Ada manusia yang membuat kita rasa tenang dan membuatkan hidup terasa sedikit lebih lembut. Dan mungkin.. itu maksud sebenar sebuah rumah. Bukan sekadar bangunan untuk berteduh, tapi ia adalah 'seseorang.'
All Rights Reserved
#15
lightromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • Forever Isn't What We Promised
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines