Imani Haura, seorang gadis yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang, nekad melakukan apa sahaja demi memastikan kewujudannya disedari oleh jejaka yang telah lama dia cintai dalam diam, Farish Attar. Demi mendekati Farish, Imani mula mengubah dirinya-belajar bersungguh-sungguh, memperbaiki penampilan, malah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Namun, segalanya runtuh hanya dengan satu ayat yang melukakan harga dirinya. "Kau ni memang perempuan tak ada maruah ke? Dasar murah." Sejak hari itu, Imani menghilang dari hidup Farish dengan satu janji- bahawa dia tidak akan muncul lagi di hadapan lelaki itu. Tetapi kehilangan Imani mula membuka mata Farish... bahawa ada sesuatu yang selama ini dia tidak pernah hargai.
More details