Istinggar Nekara

Istinggar Nekara

  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, May 20, 2026
Kekacauan apa yang akan berlaku apabila seorang tukang besi bersahabat dengan puteri raja yang tahu menunggang gajah dan membidik istinggar? Aduka yang menganggap dirinya hanyalah seorang tukang besi yang dikelilingi hutang tidak pernah terfikir dia akan mendapat peluang untuk merantau dan mengubah nasib diri. "... sanggupkah kau menerima tawaran si tua ini dan mencabar dirimu sendiri?" -- Haji Sutan Said. Di tanah asing itu pula dia bertemu seorang puteri raja babil yang ada sahaja akalnya. Namun, semua itu tidak kosong. Tengku Aisyah punya tekad yang jelas. "Kita akan buktikan anak perempuan juga setara dengan anak laki-laki. Satu hari nanti, kita akan merampas semula Kubu Kapeh yang pernah jadi milik Reman!" -- Tengku Aisyah Terkagum dengan pasukan rahsia bergelar Nekara menolak Aduka untuk bertarung demi Reman. "Izinkan patik menjadi sebahagian daripada pendekar tembak Nekara, tengku puteri!" -- Aduka Antara harapan dan keberanian yang membutakan, mereka berdiri mengangkat istinggar demi menuntut semula Kubu Kapeh!
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • PUTERA YANG TERSINGKIR [C]
  • The Dancing Maiden
  • SEJARAH TINGKATAN 4
  • Hikayat Insan Nayanika
  • 37. The Lost Crown
  • Kal Marjan
  • The Royal Asmaraloka ⓒ
  • CINTA SEPUTIH SALJU (C)
  • Alayna: The First Emperor
  • P H A R A O H

﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 8th BOOK "Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?" Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah, ibu susuannya, memasuki bilik suram itu. Tengku Muhammad Ayyan Uwais. Gelarannya sebagai putera mahkota dilucutkan serta-merta sejak lahir kerana kecacatan yang dialami. Malahan, kehadirannya dalam keluarga diraja itu tidak diterima dan dia disisihkan oleh mereka. Dia turut dikurung di dalam bilik yang terpencil jauh di hujung istana. Ayyan tidak pernah melihat wajah adik-adiknya yang lain. Bahkan ayahanda dan bondanya turut jijik melihat wajahnya. Mujurlah ada dayang istana yang mahu menjadi ibu susuan Ayyan sekali gus menceriakan anak malang itu setiap hari. "Tahan sikit ya, sayang. Kejap lagi ibu minta ayah bawakan ubat." "D-Dalam mimpi itu, A-Ayyan dapat b-berjalan, lari-lari! Ayyan tak s-sakit..." "Semoga kita bertemu di syurga." Terimalah, PUTERA YANG TERSINGKIR. START: 12 JULAI 2024 END: 22 SEPTEMBER 2024

More details
WpActionLinkContent Guidelines