Tatkala

Tatkala

  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, May 27, 2026
WpInfo
Fiction
Fantasy
Mystery
Romance
Di alam ini, banyak kaumnya. Ada saktinya, ada rahsianya. Tatkala alam berkehendak, maka tersebutlah kisah seorang ratna. Hidup sebatang kara ditinggal ibu dan ayah ke negeri yang kekal. Cantik rupawan, saling tidak tumpah akan iras ibunya. Atma Cempaka nama diberi. Rajin orangnya manis mulutunya. Hidupnya tenang namun lubuk hatinya sarat dengan amarah. Dek perbuatan orang desa, runtuhlah benteng nyawa ibu dan ayahnya. Cempaka disantuni semua warga Desa Teluk Seroja. Bukan kerana hati nan mulia namun sekadar berharap bahawa Cempaka tidak mewarisi sumpahan orang tuanya. Pembawa sial yang dicap oleh seisi desa. Hari-harinya ditemani sehelai kain batik peninggalan almarhumah ibunya. Seringkali dia sarung ke kepala saat keluar rumah mahupun saat mahu memejamkan mata. Acap kali jugalah mulut orang desa berdesis jelik saat melihat kain batik itu. Malah, ramai yang menyua Cempaka kain batik yang lebih elok. Bukan kerana ihsan melihat buruknya kain itu, melainkan benci menatap sisa peninggalan jasad yang dituduh pembawa sial. Cempaka suka akan hidupnya. Suka akan kepura-puraan orang desa, sehinggalah seorang teruna menapakkan kaki di desanya. Kedatangan yang langsung tidak disenangi Cempaka. Namun, takdir seakan mengikat simpulan rahsia buat setangkai hatinya. Cempaka akhirnya tewas, jatuh ke lubuk asmara. Malangnya, ego si ratna terlalu tinggi untuk meluahkan rasa. Ada satu perasaan halus yang meniup badai ragu di dada. Cempaka bersumpah, tidak akan membiarkan ragu itu menjadi punca kejatuhan dirinya. Biarlah sakti alam menjerat leher namun dia tidak mahu terjerat dek kebodohan diri sendiri. Nirmala Rasa Avelistine mempersembahkan, -Tatkala-
All Rights Reserved
#6
otherworld
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈?  | OG

HATI'S SERIES #1 ZARYTH ELRIFF ★ QASTURI ELARA Cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi lelaki ini.. ianya bukan sebuah alasan yang boleh dianggap remeh untuk berhenti mencintai seseorang yang mempunyai tempat istimewa dihati. Pertemuan ringkas yang membawa kedua-dua ke dalam satu lembar yang tak terduga. Zaryth Elriff, bukanlah seorang yang menjadi 'dream man' sesiapa. Namun sikapnya yang tulus dan hanya setia pada seorang wanita itu membuatkan dia lain dari yang lain. Kenapa cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi Qasturi Elara, cinta bukan keutamaan didalam hidupnya. Bahkan dia menganggap hal itu sangat membebankan diri. "Kau tahu kan kita akan menghadapi SPM tahun ni?" "Aku nak kau kahwin dengan dia. Aku tak terima apa-apa bantahan, faham?!" - Razeen Yahya "Aku tak boleh buat apa-apa, Zaryth.." Apapun halangan, Zaryth tak kenal erti mengalah. Dalam diam, hati itu masih berpaut pada satu nama. Mampukah rasa dan cinta itu kekal? Atau akhirnya masing-masing menuju hala yang berbeza?

More details
WpActionLinkContent Guidelines