(Seram,horror & mistik)
Aina Sofea dan Umar Yusuf merupakan adik beradik sedari lahir.Mereka bagai isi dan kuku.Biarpun sibuk dengan pekerjaan masing-masing, tidak pernah sesekali pun mereka bertengkar hebat.
Suatu hari,mereka pulang ke rumah pusaka milik nenek.Lagi-lagi selepas mendapat berita bahawa wanita itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana.Pada malam hari,lebih tepatnya setelah selesai menguruskan jenazah nenek,Aina mula mengalami beberapa gangguan.Daripada namanya diseru,tangisan seorang wanita sehinggalah lembaga hitam di penjuru bilik.
Aina cuba memberitahu kepada abang Umar dan isterinya,kakak Yasmin.Namun ada sahaja halangan.Orang datang ke rumah, orang menelefon.Bagaikan ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk membuka cerita.Aina semakin resah apabila abang Umar memutuskan untuk menetap di sana buat beberapa hari.
Sangka Aina,gangguan itu akan terhenti apabila dia pulang ke rumah sewa.Namun,sangkaannya itu salah.Malah,rakan rumahnya,Irdina turut diganggu.Seperti pintu rumah diketuk,bayangan Aina berlegar-legar di luar rumah biarpun Aina sedang tidur di bilik.
Bukan Aina sahaja,malah abang Umar dan kakak Yasmin mula diganggu.Sebaik sahaja pulang dari rumah kayu itu,abang Umar bagaikan berubah.Panas baran dan kasar.Yasmin sudah tidak sedap hati.Kenapa suaminya yang selama ini lembut dan penyabar, berubah 360° darjah?
"Ada sesuatu yang menganggu kamu berdua..."
-Ustaz Ahmad-
Apa yang sebenarnya terjadi kepada kedua beradik itu?Siapakah yang selama ini menganggu mereka?Adakah ianya seorang manusia ataupun sesuatu yang tidak boleh dilihat orang mata kasar?Dan apakah rahsia yang selama ini disembunyikan oleh arwah abah dan umi?Adakah rahsia itu juga terkait dengan nenek sehingga mengakibatkan dia meninggal dunia?
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Menguruskan makhlukNya dengan sempurna."
Ayat 255 (Ayat Kursi)
All Rights Reserved