Yang Tersisa Selepas Luka - OG

Yang Tersisa Selepas Luka - OG

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, May 27, 2026
"𝓣𝓮𝓻𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓱𝓪𝓽𝓲 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓼𝓮𝓭𝓪𝓷𝓰 𝓽𝓮𝓻𝓵𝓾𝓴𝓪." Bagi Maya Suraya, menjadi kuat bukanlah satu pilihan melainkan tanggungjawab yang sudah lama dia pikul sejak kecil sebagai anak sulung di dalam keluarganya. Sebagai seorang doktor pakar kanak-kanak, dia sentiasa tersenyum demi memberi harapan kepada kanak-kanak yang sedang bertarung nyawa dengan pelbagai jenis penyakit. Namun di balik ketenangannya, Maya sebenarnya penat kerana sentiasa menjadi tempat semua orang bergantung. Dia sudah terbiasa menyelesaikan masalah keluarga, melindungi adiknya, dan memendam emosinya sendiri sehingga lupa bahawa dirinya juga manusia biasa yang memerlukan rehat. Pertemuannya dengan Kasyaf Ukail bermula dengan salah faham. Maya menganggap lelaki itu cuba menghancurkan rumah tangga adiknya, lalu dia nekad berjumpa di kafé milik adiknya dan merayu agar lelaki itu tidak mengganggu kebahagiaan keluarga adiknya. Namun tanpa disangka, perbualan singkat itu membuka ruang kepada Maya cerita tentang kisah silam yang selama ini ia pendam. Tentang seorang anak sulung yang matang sebelum usia demi menyelamatkan hubungan keluarganya yang semakin runtuh disebabkan satu masalah dan menyebabkan ibu bapanya berpisah. Sejak itu, Kasyaf mula melihat sisi Maya yang tidak pernah Maya tunjuk kepada sesiapa kecuali Kasyaf. Seorang wanita yang kelihatan tenang tetapi menyimpan terlalu banyak memendam luka dan tanpa Maya sedar, lelaki itu juga mempunyai kisah silamnya sendiri. Sebagai seorang peguam yang sentiasa mendengar masalah orang lain, Kasyaf sebenarnya sudah lama lelah daripada memendam kesunyian dalam dirinya. Mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi akibat terlalu memendan rasa? Mungkin pertemuan mereka merupakan takdir bagi melengkapi satu sama lain dan sembuh dari luka lama.
All Rights Reserved
#660
sliceoflife
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Dalam Luka Ada Kamu
  • Aydeen's Untold Heart
  • Forever Isn't What We Promised
  • Secretly Yours, Aiden
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • Vow Of Hope

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines