Di Antara Luka Dan Cinta

Di Antara Luka Dan Cinta

  • WpView
    Reads 87
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 58
WpMetadataReadMatureComplete Fri, May 29, 2026
Di sebuah resort terpencil yang menghadap laut tenang, hidup Syaza berjalan seperti biasa .. sederhana, sunyi, dan penuh tanggungjawab. Bekerja sebagai staf housekeeping bukanlah impian besarnya, tetapi cukup untuk membantu keluarga yang sentiasa bergantung harap padanya. Segalanya mula berubah saat kehadiran seorang manager baharu. Zaf. Seorang lelaki matang yang dingin, pendiam, dan sukar dibaca. Di sebalik wajah tenangnya, tersembunyi luka rumah tangga yang hampir memusnahkan dirinya. Dikhianati oleh isteri sendiri membuatkan Zaf membina tembok besar dalam hidupnya sehingga dia tidak lagi percaya pada cinta. Namun tanpa sedar, kehadiran Syaza yang lembut dan sederhana perlahan-lahan meruntuhkan tembok itu. Daripada sekadar perhatian kecil, lahir rasa yang semakin sukar disembunyikan. Tetapi hubungan mereka bukan sesuatu yang mudah. Status Zaf yang masih belum selesai, perbezaan dunia mereka, serta luka masa lalu mula menjadi penghalang antara dua hati yang saling memerlukan. Dalam diam, Syaza belajar bahawa mencintai seseorang kadang-kadang bermaksud melepaskan. Dan Zaf pula akhirnya sedar... tidak semua luka perlu disembuhkan sendirian. Antara kecewa, salah faham, dan harapan yang hampir padam . mampukah cinta mereka bertahan? Atau mereka hanya ditakdirkan hadir untuk menyembuhkan... sebelum akhirnya pergi?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞
  • Maksu
  • RAHSIA 4 FAIL NISSA
  • 40 Ritual Malam
  • Mama
  • Memori Kasih

BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."

More details
WpActionLinkContent Guidelines