"Jika kau tertulis untukku, sejauh mana pun takdir membawa kita pergi... akhirnya kita tetap akan kembali."- Danish Imtiyaz
Sejak zaman sekolah menengah, dia hanya mengenali perempuan itu sebagai seseorang yang mustahil untuk dia miliki. Perempuan yang sentiasa dikelilingi ramai orang, sentiasa tersenyum cerah, dan terlalu indah untuk seorang lelaki biasa seperti dia dekati.
Sedangkan dia?
Hanya lelaki yang memilih untuk mencintai dalam diam.
Tak pernah berani meluah.
Tak pernah cuba mengganggu hidup perempuan itu.
Dia cuma memerhati dari jauh... dan diam-diam menyimpan nama itu dalam setiap doanya. Setiap malam dia solat istikharah untuk mendapat petunjuk dari Allah.
Ada hari dia hampir putus asa dengan perasaan sendiri. Ada malam dia cuba memujuk hati supaya berhenti berharap. Tapi semakin dia cuba melupakan, semakin kuat dia percaya bahawa perasaan itu hadir bukan sekadar kebetulan.
Lalu dia memilih untuk menyerahkan semuanya kepada Tuhan.
"Kalau dia memang jodoh aku... dekatkanlah. Jika tidak, jagalah hati ini supaya reda."
Tahun demi tahun berlalu.
Masing-masing membawa jalan hidup sendiri. Mereka berubah, membesar, dan belajar tentang pahitnya kehidupan. Hinggalah satu pertemuan yang tak pernah dijangka mempertemukan mereka semula selepas sekian lama.
Dan sejak hari itu, segala rasa yang pernah dia kuburkan perlahan-lahan hidup kembali.
Namun cinta bukan selalu mudah.
Ada salah faham. Ada luka lama. Ada jarak yang membuatkan mereka hampir menyerah pada takdir.
Sampailah satu saat mereka sedar-
barangkali cinta yang paling indah bukanlah cinta yang hadir dengan cara sempurna, tetapi cinta yang tetap bertahan walau diuji waktu.
Kerana jika benar seseorang itu tertulis untuk kita, sejauh mana pun langkah membawa diri pergi... akhirnya takdir tetap akan menemukan kembali.
Sebuah kisah tentang doa, penantian, dan keindahan Lauhul Mahfudz yang tidak pernah salah menulis nama.
All Rights Reserved