Selepas membaca novel Broken String karya Aurelia Moeremans, akhirnya saya memberanikan diri untuk menulis dan berkongsi kisah yang selama ini saya simpan sendiri.
Di Antara Luka dan Tuhan bukan sekadar sebuah kisah cinta. Ia adalah perjalanan tentang harapan, kehilangan, pengkhianatan, dan bagaimana seseorang boleh kehilangan dirinya sendiri ketika terlalu mencintai orang yang salah.
Novel ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadi saya dalam sebuah hubungan yang penuh dengan pasang surut dan perbezaan yang akhirnya menjadi jurang yang sukar untuk dirapatkan. Ada tawa, ada bahagia, ada kenangan yang masih membuat saya tersenyum, tetapi ada juga luka yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.
Untuk menjaga privasi semua pihak yang terlibat, sekitar 70% daripada jalan cerita telah diubah, termasuk nama watak, latar tempat, peristiwa tertentu dan beberapa jalan cerita tambahan. Namun emosi, perasaan dan pengajaran yang terkandung di dalamnya tetap datang daripada pengalaman yang pernah saya lalui.
Ini adalah kisah tentang seorang perempuan yang belajar bahawa tidak semua orang yang kita cintai ditakdirkan untuk tinggal. Kadangkala, melepaskan adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri sendiri.
Selamat membaca.
⚠️ DISCLAIMER
Novel ini adalah karya fiksyen yang diinspirasikan daripada pengalaman peribadi penulis. Sebahagian besar jalan cerita, watak, nama, tempat, dialog dan peristiwa telah diubah atau ditambah bagi tujuan penceritaan dan melindungi privasi individu yang terlibat.
Sebarang persamaan dengan individu, lokasi atau peristiwa sebenar adalah tidak disengajakan. Novel ini tidak bertujuan untuk menyebarkan kebencian terhadap mana-mana agama, kepercayaan, bangsa atau individu tertentu.
Pembaca dinasihatkan untuk membaca karya ini dengan fikiran terbuka kerana ia merupakan perjalanan emosi, pembelajaran dan proses penyembuhan daripada sudut pandang watak utama.
All Rights Reserved