We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Di Antara Luka Dan Tuhan

Di Antara Luka Dan Tuhan

  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jun 18, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
First Love
Selepas membaca novel Broken String karya Aurelia Moeremans, akhirnya saya memberanikan diri untuk menulis dan berkongsi kisah yang selama ini saya simpan sendiri. Di Antara Luka dan Tuhan bukan sekadar sebuah kisah cinta. Ia adalah perjalanan tentang harapan, kehilangan, pengkhianatan, dan bagaimana seseorang boleh kehilangan dirinya sendiri ketika terlalu mencintai orang yang salah. Novel ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadi saya dalam sebuah hubungan yang penuh dengan pasang surut dan perbezaan yang akhirnya menjadi jurang yang sukar untuk dirapatkan. Ada tawa, ada bahagia, ada kenangan yang masih membuat saya tersenyum, tetapi ada juga luka yang meninggalkan kesan sehingga hari ini. Untuk menjaga privasi semua pihak yang terlibat, sekitar 70% daripada jalan cerita telah diubah, termasuk nama watak, latar tempat, peristiwa tertentu dan beberapa jalan cerita tambahan. Namun emosi, perasaan dan pengajaran yang terkandung di dalamnya tetap datang daripada pengalaman yang pernah saya lalui. Ini adalah kisah tentang seorang perempuan yang belajar bahawa tidak semua orang yang kita cintai ditakdirkan untuk tinggal. Kadangkala, melepaskan adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri sendiri. Selamat membaca. ⚠️ DISCLAIMER Novel ini adalah karya fiksyen yang diinspirasikan daripada pengalaman peribadi penulis. Sebahagian besar jalan cerita, watak, nama, tempat, dialog dan peristiwa telah diubah atau ditambah bagi tujuan penceritaan dan melindungi privasi individu yang terlibat. Sebarang persamaan dengan individu, lokasi atau peristiwa sebenar adalah tidak disengajakan. Novel ini tidak bertujuan untuk menyebarkan kebencian terhadap mana-mana agama, kepercayaan, bangsa atau individu tertentu. Pembaca dinasihatkan untuk membaca karya ini dengan fikiran terbuka kerana ia merupakan perjalanan emosi, pembelajaran dan proses penyembuhan daripada sudut pandang watak utama.
All Rights Reserved
#6
cheating
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • MUTE
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • 𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • 𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • Way back to you.
MUTE

"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra

More details
WpActionLinkContent Guidelines