KERANA DIA TAKDIRKU - ON GOING SLOW UPDATE

KERANA DIA TAKDIRKU - ON GOING SLOW UPDATE

  • WpView
    Reads 5
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jun 4, 2026
"Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik." Bagi SYAZWANI SOFEA, kata-kata itu memang tepat. Tetapi dia sendiri masih keliru dengan satu soalan yang terlintas dalam fikirannya. "Bagaimana jika suatu hari nanti aku bertemu dengan lelaki yang kurang baik?" Di sinilah bermulanya pertemuan dirinya dengan seorang lelaki bermasalah. Bumi Jojga, pertemuan singkat antara SYAZWANI SOFEA dan RAFATHAR ALFAZI MALIK, pemandu pelancong yang terkenal dengan perkataan "pembuat onar". "Sikap gue sama semua orang emang begini. Gak suka? Bukan masalah buat gue." RAFATHAR "Tak semua orang boleh faham sikap kita, entah itu sikap yang memaksa kita menjadi orang lain ataupun sebaliknya. Tetapi... tak semua orang akan pergi jika dia berniat ikhlas mahu berkenalan dengan kita." SYAZWANI Semakin lama mereka kenal, semakin RAFATHAR dapat merasa SYAZWANI orang yang sangat berbeza yang pernah hadir dalam kehidupannya. Hatinya mula terpikat selepas kepulangan SYAZWANI ke Malaysia. Sedikit demi sedikit kehadiran SYAZWANI mengubah kehidupan sehariannya. Namun perubahan RAFATHAR tidak kekal lama selepas beliau terjumpa sebuah gambar menunjukkan SYAZWANI telahpun menjadi tunangan orang. Dari situ, RAFATHAR tekad untuk tidak percaya dengan kata-kata manis dari seorang gadis dan menghapus semua yang berkait rapat dengan SYAZWANI. Setelah setahun, takdir mempertemukan mereka berdua kembali. Di tempat yang sama kecuali waktu dan perasaan. "Lu ngilang selama satu tahun dan gue disini kayak orang gila nyariin lu. Pas gue udah benci sama lu, kenapa lu harus nunjukin wajah lu dihadapan gue? Lu gak malu sama diri sendiri?" RAFATHAR "Maafkan saya kerana buat awak menunggu selama itu." SYAZWANI Adakah RAFATHAR masih menaruh harapan yang sama kepada SYAZWANI? Atau semakin membara kebenciannya terhadap SYAZWANI? Bagaimana pula dengan kehidupan SYAZWANI setelah pulang ke tanah air dan menghilang selama setahun tanpa kabar buat RAFATHAR?
All Rights Reserved
#753
malaysia
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Cinta Tanpa Ruang
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • CARDIO: ASH (COMPLETE)
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • SATU MALAM | OG
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • [C] Cinta Terakhir
  • MUTE
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Permission to Fall, Prof!

Karya pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...

More details
WpActionLinkContent Guidelines