We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Rumah Yang Kucari

Rumah Yang Kucari

  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jun 18, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
"Kau bukan rumah pertama yang aku miliki, tetapi kau adalah rumah pertama yang membuatkan aku ingin pulang"- Aniq Hayder "Rumah yang kucari bukanlah sebuah tempat. Ia adalah seseorang." Semua orang menganggap Aniq Hayder seorang lelaki yang kuat. Dia tenang. Dia matang. Dia jarang mengeluh walaupun sedang berdepan dengan masalah yang besar. Tetapi tiada siapa yang tahu bahawa di sebalik ketenangan itu, tersembunyi seorang lelaki yang telah lama kehilangan dirinya sendiri. Membesar dalam keluarga yang tidak pernah benar-benar menyayanginya membuatkan Aniq terbiasa dengan kata-kata yang menyakitkan, layanan yang melukakan dan kesunyian yang menyesakkan. Dia tidak pernah merasakan apa itu kasih sayang sebuah keluarga. Tidak pernah merasakan apa itu rumah. Hari demi hari, Aniq memendam semuanya seorang diri. Dia membiarkan dirinya terus terluka, mengabaikan kesakitan yang ditanggung dan menghukum dirinya atas perkara-perkara yang bukan salahnya. Lama-kelamaan, lelaki yang ceria suatu ketika dahulu mula menghilang sedikit demi sedikit. Yang tinggal hanyalah seorang Aniq Hayder yang memilih untuk diam. Kerana baginya, tiada siapa yang akan memahami. Tiada siapa yang akan peduli. Sehinggalah dia bertemu dengan Elara Sofea. Seorang gadis yang terlalu degil untuk berputus asa. Seorang gadis yang sentiasa bertanya, "Awak okay?" Walaupun dia tahu jawapan yang akan diberikan sentiasa sama. "Saya okay." Ketika semua orang melihat Aniq sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai masalah, Elara melihat luka yang selama ini disembunyikan. Dia melihat kesunyian di sebalik senyuman. Dia melihat kesakitan di sebalik ketenangan. Dan dia melihat seorang lelaki yang sebenarnya hanya mahu disayangi. Sedikit demi sedikit, Elara berjaya membuka pintu yang selama ini Aniq kunci rapat. Pintu yang tidak pernah dibuka untuk sesiapa. Buat pertama kalinya dalam hidupnya, Aniq mula bercerita. Buat pertama kalinya, dia mula percaya bahawa tidak semua orang akan menyakitinya
All Rights Reserved
#7
selfharmawareness
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • JANNAH (COMPLETED)
  • [C] Yang Terakhir
  • Kenangan Yang Terindah |(On Going)
  • Kasih Cinta Milik Ammar
  • BUANG SEGALA TENTANG DIA
  • Rayssa Nawra : His Queen [Dibukukan]
  • EH? MAMAT NI LAGI!
  • LUFYA AMRYAN: Love Trainees
  • DIA AKU PUNYA! (✔)
  • [TERBIT] Salahkah Aku Menanti

Keras hati Jannah kerana sejarah. Sejarah yang buat dia kuat sampai sekarang. Tidak mudah dia teruskan hidup. Bila Khair ceraikan dia tanpa sebab. Bila Khair pisahkan dengan anak yang baru lahir. Bila syarat Khair letak agar jangan cari anak dan suaminya. Jannah redha. Itu ketentuan dia. Takdir dia Tapi bila kebenaran terlentang. Khair datang menuntut semula. Hati Jannah sakit. Sakit dengar punca dia dibiarkan terkapai-kapai sebelum ni. "I tak sangka semurah itu kepercayaan you... Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan. Stop sending all those money. I don't need that! I bukan kahwin dengan you sebab duit. But that stupid damn love! Ugh! Stupid me."

More details
WpActionLinkContent Guidelines