THAUFIQ RIDZMAN: HIS DEAREST SOPHEA
17 Bagian Sedang dalam proses Thea Sophea, seorang gadis kasar dan dingin, membina tembok tinggi dalam dirinya - tembok yang lahir daripada trauma masa lampau yang masih berdarah.
Menghidap PTSD, keresahan melampau dan kemurungan, Thea makin hilang keyakinan untuk percaya bahawa dia juga layak merasa bahagia.
Saat orang lain disokong keluarga yang penuh kasih, dia hanya mampu menumpang teduh pada kasih sayang seorang sahabat sejati.
Namun segalanya berubah apabila muncul Thaufiq Ridzman - lelaki tenang dan positif yang perlahan-lahan menggoncang dunianya.
Tembok yang dibina sekian lama akhirnya mula runtuh, sedikit demi sedikit... saat Thea mula percaya bahawa mungkin, dia masih punya peluang untuk membuka hati sekali lagi.
"I wish someone could truly understand why I am the way I am."- Thea Sophea
Namun satu insiden menjadi titik perubahan segalanya.
Diperangkap oleh keadaan dan manusia yang berselindung di sebalik wajah baik, hubungan mereka terpaksa dibawa ke arah yang lebih halal.
"I'm not saying this out of sympathy... or because you're hurt. But because I want you in my life. ... Because you know, maybe... this is the only future that can give you peace." - Thaufiq Ridzman
Perkahwinan yang terbina bukan semudah yang disangka.
Ujian demi ujian datang dari manusia berhati hitam yang tidak pernah lelah menabur racun.
Rumahtangga mereka makin diuji. Cinta yang dibina atas luka makin rapuh.
Mampukah mereka bertahan hingga ke akhirnya?
Atau mereka terpaksa mengalah... hanya kerana dunia yang tidak pernah berhenti menguji kesabaran?
Start: 1/6/2025
End: ON GOING