Let It Be You.

Let It Be You.

  • WpView
    Reads 2,084
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 22
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jul 2, 2026
[SLOW UPDATE] SINOPSIS Yana sudah lama berhenti mengharapkan apa-apa daripada manusia. Selepas satu pengalaman yang hampir meragut maruah dan kepercayaannya terhadap manusia, dia membina tembok yang terlalu tinggi untuk ditembusi sesiapa. Hidupnya kelihatan sempurna di mata orang lain. Seorang pensyarah fizik yang berjaya, lahir dalam keluarga berada dan mempunyai masa depan yang terjamin. Namun di sebalik segala yang dimiliki, Yana hanya sedang bertahan dari satu hari ke satu hari yang lain. Sehinggalah dia bertemu Aariz. Seorang jurutera pesawat yang menguruskan sebuah galeri seni bernama Spes pada waktu lapangnya. Berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupnya, Aariz tidak pernah cuba memaksa dirinya masuk ke dalam dunia Yana. Dia hanya hadir. Dengan sabar. Dengan tenang. Dengan kesungguhan yang tidak pernah diminta. Namun semakin rapat mereka, semakin Yana mahu menjauh. Kerana bagi seseorang yang terbiasa bergantung pada diri sendiri, melepaskan terasa jauh lebih selamat daripada berharap. "Why do you keep avoiding me?" - AARIZ KHALED. "Sebab kalau saya tak terlalu dekat dengan awak, saya takkan terlalu sakit bila awak pergi." - IRRYANA MALEEKA. "But leaving you was never part of my plan." - AARIZ KHALED Sebuah kisah tentang luka yang tidak kelihatan, tentang harapan yang ditemui di tempat yang tidak dijangka, dan tentang seseorang yang memilih untuk tinggal ketika semua orang lain memilih untuk berlalu pergi.
All Rights Reserved
#35
friendship
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Di Bawah Langit Yang Sama | OG
  • Find The Heart Again
  • Somehow, This Became Love
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C
  • iloveseeingpeopleinlove
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • Maha Yousuf
  • Vow Of Hope

HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. Apabila satu persatu kebenaran terungkap mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama? Atau Sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines