MEJAR DIKTATOR JATUH HATI

MEJAR DIKTATOR JATUH HATI

  • WpView
    Reads 341
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing51m
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jun 8, 2026
MEJAR DIKTATOR JATUH HATI "Kalau jatuh, saya tak tanggung." MEJAR RAYYAN "Ada saya minta pendapat awak?" ALYA HUMAIRA "Tak." MEJAR RAYYAN "Jadi diamlah." ALYA HUMAIRA Bagi Alya Humaira, kehadiran jiran baharu di sebelah rumahnya itu adalah satu malapetaka. Dah lah berbadan sasa macam tiang elektrik, suka menyergah orang, perangai pula mengalahkan diktator! Memang sah, Mejar Rayyan Iskandar adalah punca segala gangguan hidupnya. Sampaikan nak ambil pasu bunga dan kejar si Oyen (kucing oren gemuknya) pun boleh berakhir dengan drama jatuh dalam pelukan sasa askar komando itu. Keadaan menjadi huru-hara apabila pagar sempadan rumah mereka runtuh dan Puan Salmah, emak Alya pula terlebih teruja mahu menantukan Mejar kacak tersebut. Tambah parah, apabila Rayyan mula tayang taring posesifnya! Sanggup dia sabotaj kereta Alya dan buat sekatan jalan raya dengan motosikal berkuasa besar semata-mata tak tahan cemburu melihat Alya rapat dengan Faiz, rakan sekerjanya. Sebagai 'upah' membaiki pagar dan membaiki kereta, Rayyan meletakkan syarat gila. Alya wajib memasakkan makan malam untuknya selama seminggu. Bermulalah aksi perang mulut di dapur, gulai yang hampir hangit dan usikan kencang di tepi pagar malam hari. Tatkala satu lori tentera datang mengepung rumah untuk membina pagar baharu, Rayyan membisikkan amaran keras yang membuatkan jantung Alya mahu luruh. "Sebab awak bakal jadi hak peribadi saya, Alya Humaira. Dan barang askar, orang lain tak boleh sentuh sesuka hati. Faham?" Mampukah Cikgu Tadika yang bermulut laser ini mempertahankan benteng egonya? Atau adakah dia yang akan melutut kalah dan cair di tangan sang komando beku ini?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • He's My Malicious Husband Irfan Haneef | COMPLETE
  • 𝐑𝐮𝐡𝐚𝐧𝐢𝐤𝐚 - 𝓡𝓪𝓽𝓱𝓸𝓻𝓮'𝓼 𝓕𝓸𝓾𝓷𝓭 𝓢𝓱𝓮𝓻𝓷𝓲
  • Heer~THE UNWANTED DAUGHTER
  • He's Mine Not Yours ✓
  • NELO [C]
  • Safe in His Arms
  • 1947: SLOGAN OF SILENCE
  • Simple and Sweet [Chaos Series Part 1]
  • Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]
  • كسرة ظهر

he's my series 3 Syed Irfan Haneef~Nadine Syahirah Mengisahkan seorang gadis mempunyai raut wajah yang sempurna. Jatuh cinta? Tiada istilah cinta di dalam kamus hidupnya. Saban hari, cinta itu mulai muncul di dalam dirinya apabila menemui seorang jejaka. "abang, yang tu tadi kawan kau ke?" -Nadine Syahirah "Haah. Kenapa? kau minat dia eh?" -Nufail Afif Pada mulanya, si gadis cuba menolak tepi perasaannya, tetapi, apabila berada dekat dengan jejaka itu, degupan jantungnya berdegup kencang. "Fitra aku rasa, aku dah jatuh cinta lah" -Nadine Syahirah "kau demam ke Irah? ke aku yang tak cukup tidur ni?" -Althea Fitra "tolong aku weh. Aku tak nak dia nampak yang aku obses sangat dengan dia" -Nadine Syahirah Berkat pertolongan si sahabat, akhirnya dia berjaya mendekati jejaka itu. "Irfan, saya suka awak" -Nadine Syahirah "Aku tak suka kau" -Irfan Haneef Pelbagai cara dibuat oleh si gadis untuk menambat hati si jejaka tetapi sedikit pun tidak dipandang. Sampai satu tahap, si gadis sanggup menggunakan cara kotor untuk memiliki si jejaka. "Kau ingat dengan cara kotor ni aku boleh jatuh cinta dengan kau ke?!" -Irfan Haneef "Bagi saya peluang untuk saya tambat hati awak Irfan" -Nadine Syahirah "Never. Nama kau cuma tertulis di atas sijil nikah kita, tapi sikit pun nama kau tiada dalam hati aku. Airin Sofiya je yang ada dalam hati aku" -Irfan Haneef Pukulan dan cacian makanan yang diberi oleh si suami kepada si gadis. "kau yang minta jalan ni. Nak tak nak kau kena terima" -Irfan Haneef Satu kejadian yang membuatkan si gadis mengundur diri dari alam perkahwinan. "anak saya mati disebabkan awak Irfan. jadi beritahu saya kenapa saya perlu hidup dengan orang yang bunuh anak dia sendiri?" -Nadine Syahirah "Abang tahu abang salah. Beri abang satu peluang lagi untuk tebus kesalahan abang dekat sayang selama ni" -Irfan Haneef "Pergilah Irfan. Kembalilah pada wanita yang awak dambakan selama ni. Saya lepaskan awak" -Nadine Syahirah

More details
WpActionLinkContent Guidelines