Seribu tahun dahulu, seorang panglima kehilangan segala-galanya dalam satu malam yang berdarah.
Dikhianati oleh kuasa yang sepatutnya melindungi rakyat, Azrael Iskandar dihukum atas kesetiaannya kepada kebenaran.
Berabad-abad kemudian, dia masih hidup.
Membawa luka yang tidak pernah sembuh, rahsia yang tidak pernah diceritakan, dan masa silam yang enggan melepaskannya.
Apabila seorang wanita misteri muncul dalam hidupnya, Azrael mula menyedari bahawa takdir masih belum selesai dengannya.
Di antara cinta, kehilangan, dan bayang-bayang sejarah yang bangkit semula, dia terpaksa memilih sama ada untuk terus melarikan diri daripada masa silam... atau berdepan dengan sumpahan yang telah menghantuinya selama seribu tahun.
All Rights Reserved