NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
More details