My Lovely Wife:Bella Nur Qairina Qaireen
"Senyuman itu percuma, tapi bagi Bella, ia adalah harga sebuah penderitaan yang tak terlihat."
Bagi dunia, Bella Nur Qairina Qaireen adalah gadis yang tabah. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman manis, tutur katanya lembut bersusun. Namun, di sebalik hijab yang tersarung, ada luka berdarah yang disimpan kemas sejak usianya empat belas tahun. Dia pembunuh emaknya sendiri-sekurang-kurangnya itu yang dijeritkan oleh adiknya setiap hari. Hadirnya Afiqi Rayyan disangka pelangi, namun rupanya hanya duri yang menghancurkan sisa hati. Dikhianati oleh kekasih dan darah daging sendiri di depan mata, Bella akhirnya terduduk. Topeng senyumannya retak seribu.
"Awak tak perlu senyum kalau awak sakit. Sebab saya lebih suka dengan air mata tangisan awak yang jujur."
Zayden Zayan. Lelaki itu dingin. Beku seperti ais yang tak pernah cair. Sebagai pewaris tunggal empayar Zayan, dia dididik untuk tidak mempunyai perasaan. Namun, melihat Bella hancur, 'singa' dalam dirinya bangkit. Lima tahun perbezaan usia bukan penghalang untuk dia mengangkat sumpah yang paling berbahaya dalam hidupnya.
Satu dunia menghina Bella, Zayden akan menjadi perisainya.
Satu dunia membelakangi Bella, Zayden akan menjadi bayang-bayangnya.
Lelaki itu tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi dia menjanjikan satu perkara:
"Jangan takut, Bella. Kerana sayalah pelindung bayangan awak. Dulu, sekarang, dan selamanya."
Dendam keluarga, pengkhianatan cinta, dan ujian dari sang Moyang yang berhati besi-mampukah Zayden mencairkan duka di balik senyuman Bella? Atau adakah rahsia masa lalu akan menghancurkan mereka buat selama-lamanya?