AKSARA YANG HILANG

AKSARA YANG HILANG

  • WpView
    Lecturas 3,511
  • WpVote
    Votos 530
  • WpPart
    Partes 35
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación sáb, sep 12, 2026
WpInfo
Ficción
Romance
Billonarios y CEOs
Primer Amor
Final Feliz
Aurelia tidak pernah melupakan Muhammad Saif. Lelaki yang pernah menjadi teman baiknya, cinta pertamanya dan pemilik segala janji yang dibuat pada penghujung zaman persekolahan mereka. Ketika Saif melanjutkan pelajarannya ke luar negara, hubungan mereka masih lagi utuh. Mereka berkongsi cerita, impian dan harapan tentang masa depan yang bakal dibina bersama. Sehinggalah suatu hari...... Saif menghilang tanpa khabar. Mesej tidak dibalas. Panggilan tidak dijawab. Aurelia hidup di dalam kebencian. Dia membenci Saif tanpa mengetahui lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Dan segala penantian Aurelia saban waktu berakhir dengan berita yang mematahkan hatinya. Saif telah meninggal dunia di dalam satu insiden yang tidak diingini. Gadis itu cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. dia perlahan-lahan menerima bahawa sesetengah kehilangan tidak pernah menemukan jawapan. Namun kemunculan Aryan mengubah segalanya. Lelaki dingin itu sukar dibaca dan sentiasa menyembunyikan sesuatu di sebalik pandangan matanya yang kosong. Anehnya, setiap kali bersama Aryan, Aurelia merasakan satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan. Seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Seolah-olah ada bahagian di dalam dirinya yang masih mengingati sesuatu yang telah lama hilang. Tatkala rahsia demi rahsia mulai terbongkar, Aurelia terpaksa berdepan dengan sebuah kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Kerana ada manusia yang tidak pernah benar-benar pergi. Dan ada nama dan aksara yang hilang.... Tetapi pemilik aksara itu ternyata masih hidup. Ikuti kisah Aurelia di dalam AKSARA YANG HILANG
Todos los derechos reservados
#2
friendship
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • The Fatih's Court
  • Pelan Cinta #1
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • Skate To Escape
  • Permission to Fall, Prof!
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Betrayal (C)
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Until Tomorrow
  • KESEMPATAN KEDUA

[THE COURT'S 3] "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido