Silent Rites | OG

Silent Rites | OG

  • WpView
    Reads 54
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jun 14, 2026
Di bawah naungan Royal Elite, nama Dayyan sentiasa disebut dengan rasa hormat dan takut serentak. Dia anak raja yang memegang kuasa penuh - dingin, tegas, dan memegang segala tali kuasa seolah-olah dia ketua kepada sebuah empayar besar. Kuasanya meluas, perintahnya mutlak, dan tiada siapa berani menentang. Dan di sisi dia, sentiasa ada Raisya - Pembantu Peribadi yang paling dipercayai, wanita yang paling dekat dengan hidupnya. Senyap, cekap, tidak pernah bertanya lebih, dan tahu segala rahsia yang tersembunyi di sebalik kemegahan Royal Elite. Semua orang nampak Raisya hanya sebagai pembantu setia yang sempurna melaksanakan tugas. Namun, tiada siapa tahu satu perkara besar. Raisya membawa dalam dirinya satu warisan lama yang diwarisi daripada keluarga asalnya - sesuatu yang disimpan rapi, diamalkan dalam senyap, dan tidak pernah didedahkan kepada sesiapa. Rahsia itu tersimpan rapat, jauh dari pengetahuan Dayyan, jauh dari pandangan semua orang. Sehinggalah satu hari... segala ketenteraman mula retak. Sesuatu yang tersalah telah berlaku, dan rahsia yang dia simpan bertahun-tahun, kini mula terancam untuk terbongkar.
All Rights Reserved
#9
horror
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mon Roi : His Story | SU
  • Nerdy Guy
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Farment | ✓
  • Towards Raif Idris [OG]
  • Dalam Lamunan Kita
  • 4. Violet Elliana
  • Jejak Hati
  • KING RION | C
  • Permission to Fall, Prof!

#1 Mon Spin off Roi et Reine : Their Story Ku Ethan Aliff seorang yg ceria kini menjadi pendiam dan dingin selepas kematian ibu dan adik perempuannya. Belum sampai 24 jam lagi dia kehilangan ibu dan adik nya, Allah menggantikan dengan seorang bayi perempuan milik kawan baik bapanya Kawan baik bapanya a.k.a. pakciknya memberi bayi perempuannya pada bapa Ethan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu demi keselamatan bayi itu. "Jaga dia macam kau jaga anak kau sendiri" - Nik Aish Hazman Bermula saat itu, bayi perempuan itu tinggal bersama Ethan dan bapa Ethan. "Enyra..." - Ku Ethan Aliff " Enyra?" - Ku Ezraj Aisar "Qu Enyra Alisya, her new name" - Ku Ethan Aliff Mulannya Ethan tidak dapat menerima Enyra sebagai adik perempuannya. Lama- kelamaan hatinya mula menerima Enyra sebagai adik perempuannya dan sebahagian dari keluarganya. "Abang sayang ira tak?" - Qu Enyra Alisya "Tak" - Ku Ethan Aliff Luarannya seperti tidak menunjukkan rasa kasih sayang, tetapi dalam hatinya dia sangat menyayangi Enyra. Dia tidak tunjukkan rasa sayangnya dari segi lisan namun dari perbuatannya cukup menunjukkan yang dia sangat menyayangi Enyra sehingga dia sanggup mengekori Enyra dari jauh ketika Enyra bermain di taman bersama kawannya. Dia sangat menjaga keselamatan Enyra. 5 tahun Enyra tinggal bersama mereka sehingga tiba masa untuk mereka berpisah. Enyra kembali bersama keluarga kandungnya. " Kalau ada jodoh, kita berjumpa lagi " - Ku Ethan Aliff Dapatkah mereka berjumpa semula? Atau kisah mereka akan tergantung seperti itu?

More details
WpActionLinkContent Guidelines