REFLEKSI

REFLEKSI

Season 1 of 2
  • WpView
    Reads 116
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadComplete Mon, Jun 15, 2026
WpInfo
Fiction
Mystery
Detective and Police
Murder
Noir
Dua detektif elit. Satu kes pembunuhan bersiri kolar putih. Permainan bermula dengan seutas benang sutera merah dan satu kelaran bersih. Tetapi apabila sekeping kad Tarot The Lovers muncul di atas mayat, labirin teka-teki ini tidak lagi mencari jalan keluar. Ia sedang mencari jalan masuk. Jangan cari siapa pembunuhnya. Kerana di sini, undang-undang hanyalah topeng sehinggalah kegilaan mengambil alih. Apabila kegelapan korang saling mengenali, adakah korang akan menembak... atau melutut bersumpah setia? "We're all monsters hiding in the light."
All Rights Reserved
#150
darkromance
WpChevronRight
SeriesComplete

NOIR UNIVERSE: Refleksi Series

  • Season 1
    11 parts
  • 🎬 REFLEKSI 2: THE ALLIANCE OF MONSTERS (Complete)
    Season 2
    21 parts
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • OG | Abadi
  • Young Blooded Mafia
  • Bos Miang BxB  [DONE]
  • GRO: Gelora Rahsia Orkid
  • SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT)
  • Khalbaq Qarshi [Latest] OG.
  • The HeadHunter | 𝙾𝙶
  • BENANG KIRMIZI || SU
  • RAHSIA DIA (complete ✅)
  • Mrs. Ariq Ayden

"Janji satu benda dengan aku," ujar Hans. Jasmine mengangguk tanpa ragu. "Apa dia?" "Jangan terlalu paksa diri kau untuk bertahan. Kalau satu hari nanti..." "Saya yakin, cinta yang tulus akan selalu jadi pemenangnya," Jasmine memotong kata-kata Hans. Segaris senyuman terukir di wajah lelaki itu. Matanya sudah berkaca. "Kau tak pernah berubah, Jasmine." Bisik hatinya. Tiba-tiba dada Hans mencengkam kuat. Pandangannya berpinar. Tangannya terlepas dari cawan kopi. "Awak?" Jasmine bangun cemas. "Awak!" Hans memegang dadanya. Nafasnya tercungap. Dunia berputar. Jam poket berdetik semakin kuat. Bingit. Setiap detik terasa merobek sisa tenaga yang tinggal. "Hans!" Hans mengangguk lemah. "Aku... tak boleh..." Dia tahu. Dia tidak boleh lama di sini. Hans bangun perlahan. "Awak nak ke mana?" tanya Jasmine. Hans memandang wajah itu buat kali terakhir. Wajah yang akan dia pertahankan walau perlu mengorbankan segalanya. "Maafkan aku," katanya perlahan. Tanpa berlengah, Hans melangkah keluar dari kafe itu. Tubuhnya lemah, langkahnya longlai. Tangan kirinya masih menekup telinga. Jasmine ditinggalkan terpinga-pinga. Tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sebarang jejak. Bingit. Detikan jam semakin mendesak Hans mempercepatkan langkah. Hans cepat-cepat menundukkan wajah. Langkahnya melaju, ingin segera lenyap dari pandangan Jasmine. Dan dunia runtuh sekali lagi. Hans terjatuh melutut di lorong gelap. Lantai hospital menyambut tubuhnya yang menggigil. Nafasnya pendek. Dadanya mencengkam sakit. Peluh dingin membasahi dahi. Tangannya menggenggam jam poket erat. Jam itu kini berdetik perlahan. Seolah puas. Hans terduduk di sisi katil Jasmine. Tangannya menggenggam tangan isterinya yang dingin. "Maafkan aku," bisiknya pecah. "Aku datang lambat... terlalu lambat." Air mata lelaki itu jatuh satu per satu.

More details
WpActionLinkContent Guidelines