📓18 Luna Arisya bukan wanita biasa. Dia anak kepada keluarga bangsawan korporat, pewaris takhta empayar MEGATS. Namun hatinya hanya mahu bahagia sebagai isteri Nazmir Qays-lelaki yang dulunya musuh, kini cinta sejatinya. Dalam diam, mereka bersatu membina hidup baru jauh dari kekacauan politik keluarga. Tapi bila dendam, kuasa dan ketamakan mula meragut keamanan mereka, Luna tiada pilihan selain bangkit melindungi suaminya, adik-beradiknya, dan warisan yang dipercayakan padanya oleh generasi terdahulu. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan Luna diuji antara cinta dan tanggungjawab, antara maruah dan pengorbanan. Ini kisah seorang wanita yang memilih untuk berdiri teguh... bukan demi kekayaan, tapi demi kasih sayang dan masa depan yang dia percaya boleh berubah-selagi masih ada harapan.
More details