Di hadapan lensa kamera dan jutaan peminat, Engfa Waraha dan Charlotte Austin adalah definisi 'couple goals'. Setiap pandangan mata, genggaman tangan, dan senyuman manis mereka di permaidani merah mampu mencetuskan kegilaan di media sosial dengan tanda pagar #EngLot. Peminat taksub, media menyanjung, dan saham agensi mereka melonjak naik.
Namun, di sebalik kilauan lampu kilat paparazzi, realitinya adalah sebuah perniagaan.
Satu insiden salah faham hampir memusnahkan reputasi Engfa sebagai superstar gred A, manakala Charlotte pula memerlukan batu lonjakan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Penyelesaian daripada pihak pengurusan mereka mudah: Satu kontrak PR Stunt selama enam bulan untuk berpura-pura dilamun cinta.
Peraturannya jelas:
1. Tayang kemesraan di media sosial.
2. Hadiri acara rasmi bersama.
3. Jangan sesekali jatuh cinta.
Bagi Engfa yang sinis dengan cinta, kontrak itu mudah. Bagi Charlotte yang mengutamakan kerjaya, ia sekadar kerja teater. Tetapi apabila mereka dipaksa tinggal berbumbungkan bumbung yang sama demi kandungan vlog peminat, lakonan mula terasa terlalu nyata. Garisan antara skrip dan perasaan sebenar mula kabur apabila cemburu yang tidak sepatutnya wujud mula membakar hati.
Apabila tempoh enam bulan hampir tamat, mereka perlu memilih: menamatkan permainan ini, atau mengaku bahawa cinta yang bermula dengan penipuan itu telah bertukar menjadi satu-satunya perkara yang benar.
Tous Droits Réservés