Qaisy Mikael, seorang pelukis yang meluah segala rasa melalui kanvas.
Di mata orang lain, karya-karya yang dia hasilkan kelihatan hidup seakan-akan dia mengambarkan keadaan hidupnya. Disebaliknya, setiap karya yang dihasilkan tersimpan sebuah hati yang sunyi dan mendambakan sesorang untuk dicintai.
Di sisi Qaisy pula sentiasa ada Zikrael Iskandar, sahabat baik yang tidak pernah gagal mengukir senyuman dan menjadi penyeri dalam setiap perjalanan hidup Qaisy.
Kehidupan yang tenang mula berubah apabila dia bertemu semula dengan Hauleen Iryanna, pemilik Moonlight Café yang dulu pernah hadir membawa warna baharu dalam dunianya yang selama ini kelihatan kosong.
Ketika bahagia mula menemukan jalannya, takdir menghadirkan sebuah ujian yang tidak pernah Qaisy jangkakan.
Kerana tidak semua yang hadir akan kekal.
Dan tidak semua kenangan mampu dilupakan.
Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, kehilangan dan harapan.
Tentang bagaimana manusia belajar menerima takdir, walaupun hati masih belum bersedia melepaskan.
(CC) Attrib. NonComm. NoDerivs