CEMPAKA SARI

CEMPAKA SARI

  • WpView
    GELESEN 1,571
  • WpVote
    Stimmen 428
  • WpPart
    Teile 23
WpMetadataReadLaufend
WpMetadataNoticeZuletzt aktualisiert vor etwa 11 Stunden
BLURB Cempaka Sari - Perkahwinan bukanlah sesuatu yang pernah ada dalam kamus hidupnya. Dia tidak kisah untuk hidup sendiri, meskipun sunyi tanpa teman. Baginya, itu sudah cukup membahagiakan. Elhasiq - Seorang lelaki yang serius, tenang, dan lebih selesa memerhati daripada berkata-kata. Perkahwinan juga bukan keutamaannya ketika dia sedang membina kerjaya. Namun takdir menemukan mereka dalam satu ruang yang tidak pernah dirancang. Sari, seorang yang tegas dan bukan juga wanita yang mudah didekati. Bagi Elhasiq, setiap perbualan dengannya seperti masuk ke dalam ruang sunyi - tiada bicara sia-sia, tiada perbualan kosong, tiada senyuman, jauh sekali gelak ketawa. Semuanya berubah apabila Elhasiq membuat satu tawaran yang tidak terlintas di fikirannya iaitu sebuah perkahwinan. Tanpa cinta. Tanpa janji manis. Dan tanpa perlu fikir panjang, Sari terus menolak. Namun, Elhasiq berdegil. "Baik. Saya setuju kita nikah. Tapi, akad nikah mesti di pejabat agama, pada hari bekerja.. petang selepas waktu lunch." "Tak pernah dibuat orang, Sari." "Tak apalah. Biar saya yang buat dulu." "Sari..." "Segalanya awak urus sendiri dari A hingga Z. Saya tak nak ambil tahu langsung!" Mampukah sebuah perkahwinan yang bermula tanpa rasa cinta dan sayang kedua-duanya, menjadi sesuatu yang bertahan? Dan mampukah Elhasiq menghadapi Sari yang tidak pernah mudah dijangka? Tarikh mula :
Alle Rechte vorbehalten
#1
malaystories
WpChevronRight
Werde Teil der größten Geschichtenerzähler-CommunityErhalte personalisierte Geschichtenempfehlungen, speichere deine Favoriten in deiner Bibliothek und kommentiere und stimme ab, um deine Community zu vergrößern.
Illustration

Vielleicht gefällt dir auch

  • OG | Abadi
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • GRO: Gelora Rahsia Orkid
  • Young Blooded Mafia
  • 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐈𝐃𝐄 [𝐎𝐆]
  • The Forced Fame [COMPLETE]
  • CEMPAKA SARI
  • The Heir Project
  • SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT)
  • Mrs. Ariq Ayden

"Janji satu benda dengan aku," ujar Hans. Jasmine mengangguk tanpa ragu. "Apa dia?" "Jangan terlalu paksa diri kau untuk bertahan. Kalau satu hari nanti..." "Saya yakin, cinta yang tulus akan selalu jadi pemenangnya," Jasmine memotong kata-kata Hans. Segaris senyuman terukir di wajah lelaki itu. Matanya sudah berkaca. "Kau tak pernah berubah, Jasmine." Bisik hatinya. Tiba-tiba dada Hans mencengkam kuat. Pandangannya berpinar. Tangannya terlepas dari cawan kopi. "Awak?" Jasmine bangun cemas. "Awak!" Hans memegang dadanya. Nafasnya tercungap. Dunia berputar. Jam poket berdetik semakin kuat. Bingit. Setiap detik terasa merobek sisa tenaga yang tinggal. "Hans!" Hans mengangguk lemah. "Aku... tak boleh..." Dia tahu. Dia tidak boleh lama di sini. Hans bangun perlahan. "Awak nak ke mana?" tanya Jasmine. Hans memandang wajah itu buat kali terakhir. Wajah yang akan dia pertahankan walau perlu mengorbankan segalanya. "Maafkan aku," katanya perlahan. Tanpa berlengah, Hans melangkah keluar dari kafe itu. Tubuhnya lemah, langkahnya longlai. Tangan kirinya masih menekup telinga. Jasmine ditinggalkan terpinga-pinga. Tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sebarang jejak. Bingit. Detikan jam semakin mendesak Hans mempercepatkan langkah. Hans cepat-cepat menundukkan wajah. Langkahnya melaju, ingin segera lenyap dari pandangan Jasmine. Dan dunia runtuh sekali lagi. Hans terjatuh melutut di lorong gelap. Lantai hospital menyambut tubuhnya yang menggigil. Nafasnya pendek. Dadanya mencengkam sakit. Peluh dingin membasahi dahi. Tangannya menggenggam jam poket erat. Jam itu kini berdetik perlahan. Seolah puas. Hans terduduk di sisi katil Jasmine. Tangannya menggenggam tangan isterinya yang dingin. "Maafkan aku," bisiknya pecah. "Aku datang lambat... terlalu lambat." Air mata lelaki itu jatuh satu per satu.

Mehr Details
WpActionLinkInhaltsrichtlinien