Rafeeq's Obsession [OG]

Rafeeq's Obsession [OG]

  • WpView
    Reads 5,208
  • WpVote
    Votes 347
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jul 9, 2026
[Karya Pertama] Bagi seorang Nadine Malea, jurang darjat adalah sempadan yang tidak akan mampu dia seberangi. Dia sedar diri. Di Akademi Sri Wijaya, dia hanyalah seorang pelajar B40 yang menumpang atas tiket biasiswa, manakala Tengku Rafeeq Aydeen berada di puncak hierarki teratas T20 selaku pewaris rangkaian hotel gergasi. Mempunyai perasaan terhadap abang senior yang digilai ramai itu adalah satu kesilapan besar. Namun, Nadine tidak pernah menyangka rahsia hatinya akan dibalas dengan sebuah penghinaan yang menghancurkan seluruh maruahnya di hadapan khalayak ramai sebaik sahaja kejohanan sukan sekolah tamat. Hanya kerana dia dilahirkan tidak setaraf, dia dipijak maruahnya oleh ego seorang Tengku Rafeeq Aydeen. Membawa sisa luka dan tekad untuk mengubah nasib keluarga, Nadine melarikan diri ke UK demi mengejar cita-citanya menjadi seorang chef. Dia mahu membalas jasa ibunya yang hanya menyara hidup mereka dengan berniaga sarapan pagi. Sepuluh tahun berlalu. Nadine Malea pulang ke tanah air bersama sekeping hati yang sudah beku. Atas rasa teruja mendapat peluang keemasan, dia terus menerima tawaran kontrak sebagai chef pengganti di sebuah hotel paling terkemuka di Kuala Lumpur tanpa melakukan sebarang usul periksa. Nadine menyangka itu adalah titik mula untuk dia membahagiakan ibunya. Namun, langkahnya mati saat takdir mempertemukannya semula dengan Tengku Rafeeq Aydeen, lelaki masa lalunya yang kini bergelar CEO di hotel tersebut. Dulu dipisahkan oleh darjat dan kata penghinaan. Sekarang, mereka dipaksa bertentang mata semula di bawah bumbung yang sama. Saat sekeping hati sudah tawar dan hanya mahu bersikap profesional, ego sang CEO pula yang mula runtuh melihat kehadiran semula sepasang mata coklat yang pernah ditolaknya dulu. Start : 22 June 2026 End : - ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📉 Storyline berterabur 💡 100% author's idea
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Heart Moon ✔︎
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • [C] : PENGGODA MR DUDA
  • FOREVER MINE | COMPLETE
  • WHEN HE FELL HARDER
  • 𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!
  • 𝖫𝗈𝗏𝖾'𝗌 𝖱𝖾𝗀𝗋𝖾𝗍 | C
  • My Soul, Cassandra ©️
  • Mrs. Noah : My Dear Reina
  • MRS AIDEN NATHANIEL [C]
  • Ivy Layla  [C]
  • PERLU KAMU
  • Rayyan's Cinta (C)
  • Nufa's Guardian Angel (C)
  • TERLUKA MENCINTAIMU OG (Slow Update)
  • MY TEACHER, MY HUSBAND
  • JIBRAIL HUGHES
  • Alya Untuk Ziyad ©️
  • 𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]
  • Lelaki ALFA [complete]

"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu ditolak oleh Dayyan. Alasannya kerana mereka tidak setaraf. "Sebab...saya anak driver je. Cik Luna pula boss. Kita berbeza," Alasan drama pukul 7 diberinya. Pelbagai cara Dayyan cuba menolak Luna tetapi perempuan yang ingin mengahwininya itu adalah Luna Elaina. Seorang perempuan yang akan membuat apa sahaja untuk benda yang dia nak. Apa yang dia mahu, dia akan dapatkan. Tapi...terdapat kisah yang perit disebalik sikapnya itu. "Memang aku tak nangis. It's because i'm dead inside! Dan semua ni jadi disebabkan kau! Apa yang aku buat sampaikan kau buat aku macam ni! You never change. Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak terima aku. Mata kau ni...penuh dengan kebencian. Kebencian kau terhadap aku!" Apakah yang terjadi? Start : 16 . 11 . 2021 End : 16. 12 . 2022

More details
WpActionLinkContent Guidelines