True Love
  • WpView
    Reads 1,433
  • WpVote
    Votes 188
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jul 5, 2026
ZAREEF NUFAYL pernah berdiri di hadapan pelamin dengan hati yang penuh harapan. Namun pada hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidupnya, wanita yang dijanjikan untuk menjadi isterinya tidak pernah muncul. Sejak itu, dia memilih untuk menutup pintu hatinya rapat-rapat dan menguburkan segala keinginan untuk mencintai. MAWAR HELENA pula pernah membina impian tentang masa depan bersama lelaki yang dicintainya.Tetapi tanpa alasan yang kukuh, tunangnya memutuskan pertunangan mereka dan pergi begitu sahaja. Sejak hari itu, dia tidak lagi percaya pada janji. Tidak lagi percaya pada cinta. Tiga tahun kemudian, takdir menemukan mereka di tanah suci. Di tempat yang dipenuhi doa dan harapan, dua hati yang pernah hancur memohon perkara yang sama. Cinta sejati. Tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa jawapan kepada doa itu adalah antara satu sama lain. "Awak percaya pada cinta?"- Mawar Helena "Dulu, ya. Sekarang... Saya cuma percaya pada takdir Allah."- Zareef Nufayl "Nampaknya kita berdua rasa perkara yang sama."- Mawar Helena Dengan satu lafaz ijab kabul, mereka disatukan sebagai suami isteri. Tanpa cinta. Tanpa perasaan. Hanya berbekalkan kepercayaan kepada takdir yang telah tertulis. "Kalau suatu hari nanti Zareef menyesal kahwin dengan Mawar?"- Mawar Helena "Zareef lebih takut menyesal sebab tak beri peluang kepada takdir yang Allah dah tuliskan."- Zareef Nufayl Namun, apabila hari demi hari berlalu, mereka mula belajar mengenali satu sama lain. Belajar untuk mempercayai semula. Dan perlahan-lahan, belajar tentang sesuatu yang pernah mati dalam diri mereka. Cinta. "Zareef yakin kita boleh bahagia?"- Mawar Helena "Zareef yakin. Sangat yakin. Kerana Allah takkan menemukan kita tanpa sebab."- Zareef Nufayl Kerana kadangkala, cinta sejati bukanlah tentang menemukan seseorang yang sempurna. Tetapi tentang menemukan seseorang yang tetap memilih untuk belajar mencintai antara satu sama lain walaupun pernah dikecewakan suatu ketika dulu.
All Rights Reserved
#13
fiction
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • [ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026]
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C
  • EZRA MEDINA
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Cinta Tanpa Ruang
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Love, Unspoken
  • Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE]
  • Meant For You: His Bride.

Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026

More details
WpActionLinkContent Guidelines