BAYNA DU'A WA QADAR

BAYNA DU'A WA QADAR

  • WpView
    Reads 0
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Aug 12, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Happy Ending
First Love
Friends to Lovers
Layla Ar-Rashid × Khalaf Al-Ra'ad DI ANTARA DOA DAN TAKDIR Khalaf Al-Ra'ad dan Layla Ar-Rashid tidak pernah percaya bahawa cinta antara manusia adalah sesuatu yang perlu dicari. Mereka membesar bersama sebagai sahabat sejak kecil, dalam keluarga yang dekat dengan agama. Kedua-duanya merupakan anak kepada pemilik sekolah tahfidz yang berbeza, dibesarkan dengan Al-Quran, ilmu agama dan prinsip yang sama-bahawa hati seharusnya bergantung kepada Allah, bukan kepada manusia. Bagi Khalaf, cinta adalah sesuatu yang tidak perlu dikejar. Bagi Layla pula, cinta bukan sesuatu yang harus dipaksa. Mereka hanya mahu mencintai Allah, menjaga keluarga dan meneruskan jalan yang telah mereka pilih. Namun, manusia boleh merancang sejauh mana pun, sedangkan takdir Allah sentiasa mempunyai jalannya sendiri. Tanpa mereka sedari, doa-doa yang pernah mereka titipkan dalam sujud mula membawa mereka ke arah yang sama. Khalaf mula bertanya pada dirinya sendiri-adakah perasaan yang hadir itu sekadar ujian, atau jawapan daripada doa yang selama ini tidak pernah dia sedari? Layla pula mula memahami bahawa tidak semua perasaan hadir untuk menjauhkan seseorang daripada Allah. Ada perasaan yang mungkin hadir untuk mengajarkan tentang sabar, menjaga batas dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Tetapi apabila masa depan mula membawa mereka kepada sebuah kemungkinan yang tidak pernah mereka bayangkan, mereka sedar bahawa persoalannya bukan lagi tentang siapa yang mereka cintai. Tetapi- siapa yang Allah takdirkan untuk mereka. Kerana mungkin, di antara doa yang mereka panjatkan dan takdir yang Allah tuliskan, terdapat sebuah kisah yang tidak pernah mereka rancang. Sebuah kisah tentang dua hati yang tidak pernah mencari cinta, tetapi akhirnya dipertemukan melalui doa dan takdir. - Softie_Mafiosa -
All Rights Reserved
#15
islamicromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C
  • The Fatih's Court
  • KESEMPATAN KEDUA
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C
  • Skate To Escape
  • Pelan Cinta #1
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Until Tomorrow

𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?

More details
WpActionLinkContent Guidelines