Bertemu Dalam Sujud (OG)

Bertemu Dalam Sujud (OG)

  • WpView
    Reads 2
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jun 17, 2026
"Mungkin Allah mempertemukan kita sebagai sahabat kerana Dia tahu, hati ini belum bersedia untuk menyebutnya sebagai cinta." Pertemuan pertama antara Khalaf Emir Ar-Ra'ad dan Queniza Antasya Azzahra berlaku secara tidak sengaja. Hanya sekali pandang, Khalaf tahu ada sesuatu yang berbeza tentang gadis itu. Namun, dia memilih untuk menyimpan perasaan tersebut dan mendekati Queniza sebagai seorang sahabat. Hari demi hari, persahabatan mereka semakin erat. Mereka berkongsi cerita, impian, ketawa dan air mata bersama. Khalaf menjadi tempat Queniza mengadu, manakala Queniza menjadi sebab senyuman Khalaf muncul tanpa sedar. "Awak tahu tak? Kehadiran awak buat hari-hari saya rasa lebih indah." - Khalaf Tanpa mereka sedari, rasa selesa itu perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Tetapi cinta bukanlah perkara yang mudah untuk diluahkan. Takut kehilangan persahabatan yang mereka bina membuatkan kedua-duanya memilih untuk menyimpan perasaan sendiri. "Kalau saya kehilangan awak sebagai sahabat, saya tak pasti saya mampu terima." - Queniza Di saat hati mereka saling menyebut nama yang sama dalam doa, takdir mula mengatur jalan yang tidak pernah mereka sangka. Mampukah dua sahabat baik ini melangkah ke fasa yang lebih indah? Atau mereka akan terus menyembunyikan perasaan yang semakin hari semakin sukar untuk dipendam? Kerana ada cinta yang tidak bermula dengan kebencian, tetapi tumbuh perlahan-lahan daripada sebuah persahabatan yang tulus, lalu dipelihara dengan doa-doa yang dipanjatkan dalam setiap sujud. "Jika suatu hari nanti saya jatuh cinta, saya harap orang itu adalah awak." - Khalaf Emir Ar-Ra'ad
All Rights Reserved
#25
islamicromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • Forever Isn't What We Promised
  • ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
  • Takdir Tak Menjanjikan Bahagia
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • Dia, Bintang di Syurga
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • MUTE
  • KESEMPATAN KEDUA

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines